BSN Online Transfer Ke BSN / Bank Lain Guna DuitNow

Ramai pelanggan BSN baharu yang belum tahu bagaimana cara transfer BSN online guna DuitNow di MyBSN. Mengapa perlu gunakan DuitNow? Dengan DuitNow Transfer, Anda boleh transfer wang serta-merta ke nombor telefon (mobile number), nombor Kad Pengenalan atau nombor pendaftaran perniagaan. Anda boleh transfer dan menerima wang serta-merta pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Untuk menerima pembayaran melalui DuitNow, Anda mesti mendaftar dahulu untuk DuitNow Transfer dengan memautkan salah satu daripada ID berikut dengan akaun bank atau akaun e-money Anda di bank yang mengambil bahagian dan penyedia pembayaran:

  • Nombor Telefon.
  • Nombor NRIC.
  • Nombor Pasport.
  • Nombor pendaftaran perniagaan (hanya perniagaan berdaftar SSM).

DuitNow Transfer boleh didapati di saluran Internet dan Perbankan Mudah Alih 42 bank di Malaysia, serta aplikasi mudah alih e-money yang mengambil bahagian.

Kali ini kami nak ajar cara BSN online transfer ke akaun bank lain secara instant transfer, so mari kita mulakan.

Tutorial Lainnya:  Celcom Xpax Terkini Postpaid

Cara Transfer BSN Guna DuitNow

Kerana BSN takde app mobile banking, so transfer duit guna DuitNow hanya boleh melalui laman website MyBSN sahaja.

  1. So pertama Anda kena Login Masuk dalam Anda punya myBSN.
  2. Lalu Anda klik Transfer. So Anda pilih Interbank Funds Transfer. Cara Transfer BSN Online Guna DuitNow
  3. Seterusnya Anda pilih DuitNow.
  4. Dan pilihlah daripada akaun Anda kepada Account Number.
  5. Lepas tu Anda pilih akaun bank yang Anda nak.
  6. Lalu Anda tulis Recipient Bank.
  7. Dan Anda masukkan Nombor Akaun.
  8. Seterusnya untuk transaction type ni Anda perlu pilih Fund Transfer.
  9. Benificiary ID Type dan Benificiary ID ni bersifat optional, Anda boleh pilih atau tak nak pilih juga tak apa.
  10. So seterusnya Anda masukkan Amount yang Anda nak transfer.
  11. Untuk recipient Reference ni contoh Anda taip Sewa.
  12. Apabila Anda dah seleseai untuk isi data yang pertama, Anda akan dibawa ke step yang kedua.
  13. So nanti dekat bahagian bawah tu dia ada Request TAC, Anda kena Request. Request TAC MyBSN
  14. Pastikan Anda dah kemaskini nombor telefon untuk Anda terima 6 Digit TAC.
  15. Lalu Anda masukkan Nombor TAC yang Anda dah terima.
  16. Seterusnya Anda klik Yes pada kotak Terma dan Syarat. So tekan Confirm bila Anda dah selesai.
  17. Nanti dia akan bawa ke paparan Transfer Acknowledgement.
  18. So apabila status ni adalah Succesful Anda boleh semak pada akaun bank yang Anda transfer tu, masuk atau tidak ataupun Anda boleh tanya sebab DuitNow ni Instant Transfer. Cara Transfer Duit BSN Guna DuitNow
  19. Selesai.
Tutorial Lainnya:  Semak Duit Keluar Masuk MyBSN Transaction History

Untuk makluman, jika Anda tiada butang transfer disebelah kiri tu, Anda ikuti artikel cara aktifkan MyBSN untuk aktifkan online banking BSN Anda.

Soalan Lazim

1. Kenapa saya tak boleh nak transfer, tapi sebelum ni bole ja? Ada maintenance ke BSN?

Yang tu kami tak pasti, mungkin sistem tengah problem tu atau Anda boleh hubungi customer service BSN untuk selesaikan masalah Anda.

Tutorial Lainnya:  Cara Transfer Duit MAE Guna Instant Transfer DuitNow

2. Saya ade dua acc bank ataupun dua card bank debit boleh ke klau saya satukan dua ini skali jadi satu akaun dalam satu card?

Boleh je, Anda kena ke kaunter bsn ye nanti bagitahu pegawai BSN yang Anda nak link akaun kedua dengan kad debit akaun 1.

3. Nak tanya saya ada online banking bila saya buat transfer ke maybank, cimb bank berjaya, bila saya buat transfer ke bsn, alliance bank, hong leong bank tidak berjaya, apa mslh online banking saya?

Sorry ye yang tu kami kurang pasti, kami rasa elok Anda call customer service BSN ye.

4. Ada had umur ke untuk aktifkan account?

Mesti cukup 18 tahun mengikut tarikh lahir ye.

5. Kalau nak transfer BSN to BSN tak boleh ke?

Boleh je.

Leave a Comment