Cara Bayar Bil dan Guna JomPAY Bank Islam Online

JomPAY boleh diakses melalui perkhidmatan perbankan yang terdapat di Bank Islam online. JomPAY belum tersedia di semua bank Malaysia dan akan dijalankan secara berperingkat mengikut perancangan setiap bank.

Beberapa bank yang telah menyediakan sistem ini ialah Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat, dan banyak lagi. Jika Anda ingin berurus niaga antara bank yang lebih menjimatkan atau membayar bil, Anda boleh menggunakan JomPAY.

Apakah JomPAY

Ramai yang tahu apa itu JomPAY, JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. MyClear adalah sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia yang mengendalikan JomPAY.

Dengan JomPAY, pelanggan boleh menikmati kemudahan membuat bayaran cukai taksiran menggunakan dana dari akaun simpanan atau akaun semasa. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan akaun kad kredit untuk bayaran Cukai Taksiran. Melalui JomPAY, transaksi pelanggan lebih cepat, selamat, dan mudah.

Tutorial Lainnya:  Cara Langgan Internet XOX

Perkhidmatan JomPAY adalah percuma. Tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit SSPN-i.

Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam

Berikut ini kami akan kongsikan cara bayar bil guna JomPAY. Kalau orang tak tahu sebenarnya kita boleh bayar apa apa bill melalui JomPay, untuk bayar bill di JomPay anda boleh bayar di website JomPay ataupun anda boleh bayar melalui online banking.

Kali ini kami akan tunjukkan cara bayar bil di JomPay melalui online banking Bank Islam.

  1. Mula-mula sekali anda login dulu akaun Bank Islam Online Banking anda.
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  2. Lepas tu anda klik pada 3 Garis di bahagian atas tu.
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  3. Bila dah keluar menu macam ni anda pilih pada Payments/Services.
  4. Dan anda pilih Jompay. Lepas anda pilih Jompay, lalu anda klik pada Payment (Jompay).
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  5. Untuk Payment Details anda pilih akaun anda. Lepas tu masukkan Bill Amount yang anda nak bayar. Untuk Payment Mode anda biarkan sahaja.
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  6. Untuk bahagian seterusnya iaitu bahagian Recipient Details.
  7. Untuk Recipient Type, pilih sahaja Open Biller.
  8. Lepas tu anda masukkan Biller Code.
  9. Untuk dapatkan Biller Code anda boleh cari dekat slip bill ataupun anda boleh google je.
  10. Seterusnya untuk Reference-1, anda masukkan Nombor Akaun Bill anda.
  11. Dan untuk Reference-2, Anda boleh masukkan Nombor Telefon atau Nombor IC.
  12. Bila dah selesai isi, anda Tick dekat kotak dan tekan Validate.
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  13. Lepas tu dia akan tunjuk kembali macam Biller Code, Ref-1, Ref-2, dan Amount. Anda tekan je Add To Bill List.
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  14. Bila keluar paparan macam ni, maksudnya bill anda dah berjaya masuk dalam Bill List. Untuk bayar bill anda tekan je Pay.
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  15. Lepas tu anda Request i-Access Code.
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  16. Dan anda masukkan kod yang anda terima. Lepas dah masukkan kod anda tekan Confirm.
    Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  17. Bila dah berjaya buat bayaran, sistem akan keluar paparan macam ni. Cara Bayar Bil Dengan JomPAY Bank Islam
  18. Selesai.
Tutorial Lainnya:  Cara Check Baki XOX

Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Anda hanya perlu memastikan mempunyai akses kepada perbankan internet Bank Islam. Itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga dapat membantu Anda. Anda juga boleh baca cara bayar PTPTN guna Bank Islam melalui JomPay.

Transaksi yang berjaya akan disertakan dengan nombor rujukan JomPay untuk rujukan pelanggan.

Leave a Comment