Cara Bayar Bil TNB Elektrik Melalui CIMB Clicks JomPAY

Membayar bil elektrik tentu sahaja sangat penting bagi setiap pelanggan TNB. Dengan membayar bil elektrik TNB Anda tepat pada masanya, Anda boleh sentiasa gunakan elektrik untuk pelbagai keperluan seperti menonton TV, turn on lampu dan banyak lagi.

Selain itu, membayar bil elektrik juga adalah tanggungjawab Anda sebagai pelanggan. Terdapat beberapa cara untuk membayar bil elektrik TNB iaitu melalui bank, kaunter pembayaran, atau melalui aplikasi pembayaran online.

Pembayaran melalui kaunter pembayaran masih sangat popular di Malaysia, tetapi pembayaran melalui aplikasi CIMBClicks semakin popular sebab ia lebih praktikal dan selamat.

Apakah TNB

TNB adalah singkatan kepada Tenaga Nasional Berhad, yang merupakan syarikat elektrik terbesar di Malaysia.

TNB Malaysia bertanggungjawab menyediakan keperluan elektrik rakyat Malaysia dan memastikan sumber elektrik di Malaysia digunakan dengan cekap dan mesra alam.

TNB Malaysia juga bertanggungjawab mengurus dan membangunkan rangkaian elektrik di seluruh Malaysia, serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi elektrik yang lebih baik.

Tutorial Lainnya:  Cara Bayar Zakat Pendapatan Simpanan di Maybank2u

Kelebihan Bayar Bil TNB Guna CIMBClicks

Pembayaran bil melalui CIMBClicks mempunyai beberapa kelebihan, antaranya:

  • Anda boleh membuat pembayaran bil online pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, tanpa perlu pergi ke bank atau ke kaunter pembayaran.
  • CIMBClicks menggunakan teknologi canggih untuk memastikan keselamatan transaksi online Anda.
  • Dengan pembayaran bil online, Anda tidak perlu beratur di kaunter pembayaran atau pergi ke bank, jadi Anda boleh menjimatkan masa.
  • Anda boleh membayar pelbagai jenis bil, seperti bil elektrik, bil air, bil telefon, dan banyak lagi melalui CIMBClicks.
  • Anda boleh melihat sejarah pembayaran bil Anda online dan semak status pembayaran.
  • CIMBClicks menyediakan panduan dan bantuan yang memudahkan Anda membayar bil Anda online.

Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks JomPAY

Kali ini kami ingin berkongsi dengan Anda cara untuk membayar bayar bil TNB melalui CIMB Clicks. Ok, pertama sekali, Anda perlu log in ke akaun CIMB Anda seperti biasa dan prosedur nya lebih kurang sama saja jika Anda lakukan pada browser di telefon.

Pada halaman utama ini, Anda perlu navigasi ke bahagian kiri halaman ini dan klik pada bahagian Pay & Transfer. Untuk membayar bil, CIMB Clicks menawarkan dua jenis pembayran melalui fungsi PayBills dan JomPAY.

  1. Pada artikel kali ini, kami tunjukkan cara bayar menggunakan JomPAY.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  2. Dan Anda terus klik sahaja pada bahagian JomPay ini.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  3. Pada bahagian pertama ini, ia meminta beberapa maklumat berkaitan akaun TNB Anda seperti Biller Code.
  4. Untuk bahagian Biller Code ini, kod bagi TNB adalah 5454.
  5. Atau Anda boleh dapatkan Biller Code ini pada bahagian belakang bil TNB Anda.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  6. Jadi, Anda isikan saja nombor akaun tersebut pada bahagian Ref 1 ini.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  7. Anda juga diberi pilihan untuk tetapkan pembayaran bil TNB ini sebagai favourite di mana pada masa akan datang, Anda tidak perlu untuk mengisi maklumat tersebut dan hanya perlu mengisi saja jumlah bil yang perlu dilayar.
  8. Pada bahagian kedua ini, Anda diberi pilihan untuk memlih jenis akaun bagi pembayaran bil ini.
  9. Dan bahagian ketiga ini, Anda perlu mengisi jumlah bil yang ingin dibayar dan waktu pembayaran bil TNB tersebut.
  10. Terakhir sekali, klik pada Yes sebagai tAnda setuju berkenaan terma dan syarat tersebut.
  11. Dan jika Anda ingin melakukan dari satu pembayaran bil, klik pada bahagian Add Another Payment atau klik pada Make Payment.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  12. Pada halaman JomPAY Confirmation ini, sila membuat semakan semula seperti Biller Code dan nombor akaun TNB Anda adalah betul.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  13. Sekiranya Anda telah sahkan bahwa butiran pembayaran bil tersebut adalah betul, scroll ke bawah dan klik pada Request TAC.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  14. 6 digit pengesahan akan dihantar ke telefon Anda dan isikan nombor tersebut bahagian pengesahan TAC ini dan Confirm.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  15. Pada halaman ini, ia memaparkan status pembayaran bil TNB Anda.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui CIMB Clicks
  16. Dan simpan nombor rujukan tersebut.
Tutorial Lainnya:  Cara Menukar Video to MP3

Untuk tambah nilai kredit, Anda boleh ikuti panduan cara reload kredit melalui AmBank online banking.

Kami nasihatkan Anda untuk membayar bil utiliti Anda tepat pada masanya untuk mengelakkan denda atau sekatan daripada TNB.

Sila jimat elektrik di rumah Anda dengan mengurangkan penggunaan peralatan elektronik yang tidak terlalu penting atau dengan mematikan peralatan yang tidak digunakan ketika Anda tiada di rumah. Dengan cara ini, Anda boleh mengurangkan kos elektrik rumah Anda.

Leave a Comment