Cara Bayar Pinjaman Melalui Bank Islam Online Banking

Jika Anda mempunyai pinjaman kereta, motosikal, pinjaman peribadi ataupun pinjaman lain, kami nasihatkan Anda untuk membuat bayaran pinjaman tersebut melalui Bank Islam online banking, sebab dah pasti selamat.

Pada kesempatan kali ini kami akan tunjukkan kepada Anda cara membuat pembayaran pinjaman melalui bank islam online banking. Jadi kepada anda yang nak membuat pembayaran pinjaman melalui Bank Islam, anda boleh ikuti langkah yang kami tunjukkan dalam artikel ni dan kami harap artikel ini dapat membantu anda.

Untuk tutorial kali ini kami akan menggunakan website BankIslam.biz

Cara Bayar Pinjaman Bank Islam Secara Online

Dan untuk maklumat anda, kenapa kami suka guna website bank islam biz ni sebabnya yang pertama kalo kita membuat sembarang transaksi, rekod atau slip ataupun resit transaksi anda tu ada dekat sistem.

Jadi senanglah kalo kita dapatkan semula rekod ataupun resit transaksi anda. So sebab itulah kami sangat suka menggunakan website dariapda aplikasi.

  1. So bila anda dah buka Website Bank Islam Biz tu.
  2. Dekat sini macam biasalah anda perlu log masuk anda punya akaun bank islam biz anda.
  3. Anda masukkan Username, lalu klik Login.
    Cara Bayar Pinjaman Bank Islam via Online
  4. Lepas tu anda perlu masukkan juga Password. Dan lepas dah siap masukkan Username dan Password anda klik Login.
    Cara Bayar Pinjaman Bank Islam via Online Banking
  5. Pada paparan utama ni bagi yang nak membuat pembayaran pinjaman contohnya anda membuat pinjaman dengan maybank ataupun Public Bank ataupun CIMB.
  6. So anda nak bayar pinjaman tersebut menggunakan bank islam biz, anda perlulah membuat pemindahan wang, dan bila kita nak membuat pemindahan wang ataupun transfer duit ni, anda akan menggunakan Transfer to Duitnow ID/Account. So anda klik je pada Transfer to Duitnow ID/Account.
    Cara Bayar Pinjaman Bank Islam via Online Banking Portal
  7. Seterusnya Anda perlu masukkan semua butiran maklumat bank pinjaman anda.
  8. Mula-mula anda perlu pilih akaun bank islam anda.
  9. Lepas tu pada bahagian transfer tu anda perlu pilih Account Number, sila klik pada bahagian Account Number.
  10. Lepas tu dekat bahagian transfer type ni, biasanya kalo anda nak transfer duit kan anda akan pilih pada bahagian Funds Transfer.
  11. Tapi kalo anda nak membuat pembayaran pinjaman, anda perlu pilih pada bahagian Financing/Loan Payments ataupun dekat bahagian Hire Purchase.
  12. Untuk bahagian Financing/Loan Payments ataupun Loan Payments ni biasanya dia adalah untuk pinjaman perumahan ataupun pinjaman kewangan.
  13. Dan kalo yang nak bayar pinjaman kereta, anda perlu pilih pada bahagian Hire Purchase.
  14. Seterusnya anda perlu masukkan jumlah yang anda nak bayar.
  15. Lepas tu anda perlu pilih Transfer Mode, ada segera, tarikh akan datang dan berulang.
  16. Contohnya anda nak membuat pembayaran segera, anda klik pada Immediate.
  17. Dan seterusnya anda boleh pilih dengan kesesuaian anda.
    Cara Bayar Pinjaman Bank Islam via Internet Banking
  18. Untuk bahagian transfer mode, anda boleh setkan tarikh pembayaran yang anda nak, bulan, tahun ataupun lainnya.
  19. Lepas tu anda perlu pilih Bank Pinjaman anda.
  20. Lalu anda perlu masukkan Nombor Akaun Pinjaman anda.
  21. Dan pada bahagian Reference, anda boleh masukkan Nombor IC anda ataupun Nombor Telefon anda ataupun Nombor Kereta anda.
  22. Lepas tu untuk langkah yang seterusnya, anda peru klik pada kotak Terma dan Syarat. Dan anda klik Transfer.
    Cara Bayar Pinjaman Bank Islam via Internet Banking Website
  23. Pada bahagian Receipt Name ni pastikan nama penerima adalah nama pemilik Akaun Pinjaman.
  24. Contohnya anda beli kereta tu atas nama abank anda ataupun anda beli dengan pihak ketiga.
  25. Dekat sini perlu ada nama abang anda ataupun pihak ketiga.
  26. Bila anda pinjam menggunakan nama anda sendiri pastikan itu anda taip nama anda sendiri.
  27. Lepas anda isi semua maklumat yang dipaparkan dengan betul dan tepat.
  28. Seterusnya anda perlu klik pada bahagian Request i-Access Code, untuk anda membuat pengesahan transaksi.
  29. Nombor i-Access Code tu dia akan hantar.
  30. So anda semak sms anda, dan anda perlu salin nombor iac tersebut.
  31. Lepas tu bila dah siap anda klik pada butang Confirm.
    Cara Bayar Pinjaman Bank Islam guna Internet Banking Portal
  32. Dan status dia pastikan Successfull, maksudnya transaksi anda ataupun transaksi yang anda buat tu dah pun berjaya.
  33. Dan bagi anda yang nak simpan resit transaksi ni, anda perlu klik pada bahagian Print.
    Cara Bayar Pinjaman Bank Islam guna Internet Banking Website
  34. Dan dekat sini sama ada anda boleh Print ataupun anda nak simpan sebagai PDF.
  35. Kalau nak simpan dia sebagai PDF, anda boleh klik pada menu destination dan anda pilih Save As PDF.
    Cara Bayar Pinjaman Bank Islam Using Online Portal
  36. So nanti pdf tu akan tersimpan pada laptop anda.
  37. Cara untuk guna telefon bimbit juga sama, tapi anda kena ubah Setting tampilan menjadi tampilan desktop.
Tutorial Lainnya:  Syarat Mohon Kad Kredit Maybank

Baca juga step cara dapatkan penyata Bank Islam secara online.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah senarai soalan lazim mengenai Bank Islam.

1. Kenapa hire purchase saya tiada dalam pilihan?

Pada bahagian transfer to Anda pilih apa ye? Sebab kalau pilih account number memang akan ada pilihan untuk hire purchase.

Tutorial Lainnya:  Cara Login Maybank2u Online

2. Boleh ke buat bayaran AEON melalui Bank Islam online banking?

Melalui Bank Islam tidak boleh, kalau bank lain boleh. Kalau secara online hanya Maybank, CIMB, Public Bank, Ambank dan BSN sahaja.

3. Sekarang ni dah tidak boleh guna website kena guna app, betul ke?

Boleh je tapi kena aktifkan go secure.

Tutorial Lainnya:  Cara Transfer Duit Ambank ke Maybank Melalui Online

Jadi kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda semua.

Leave a Comment