Cara Bayar Pinjaman TEKUN Nasional Guna Maybank2u

TEKUN Nasional adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memberikan bantuan kewangan dan perkhidmatan kepada usahawan mikro dan kecil. TEKUN merupakan satu daripada badan-badan kerajaan yang menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada usahawan, macam pinjaman, kursus, dan khidmat nasihat.

Melalui pelbagai program yang ditawarkan, TEKUN Nasional berusaha untuk membantu usahawan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan, serta membantu usahawan mendapatkan akses kepada sumber-sumber kewangan yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan.

Salah satu program utama yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional adalah pinjaman usahawan. Pinjaman ini ditawarkan pada kadar faedah yang rendah dan dengan syarat-syarat yang mudah. Tentu sahaja pinjaman ni boleh membantu usahawan yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan.

Tutorial Lainnya:  Cara Mengesan Handphone Samsung

Sekiranya Anda dah mempunyai atau mendapatkan pinjaman dari TEKUN dan nak buat bayaran balik, Anda boleh ikuti step cara bayar TEKUN guna Maybank2u berikut.

Cara Bayar Pinjaman TEKUN Guna Maybank2u

Untuk membuat bayaran TEKUN sangat mudah, ni kami share cara untuk membuat pembayaran TEKUN melalui Maybank2u.

  1. Langkah pertama Anda perlu log masuk dulu akaun Maybank2u Anda.
  2. Seperti biasa Anda masukkan username, dan Anda masukkan pula Password.
  3. Seterusnya Anda klik Login.
    Cara Bayar Pinjaman TEKUN Guna Maybank2u Portal
  4. Dekat paparan utama ni bagi mereka yang nak membuat pembayaran ataupun pemindahan wang, Anda perlu klik pada bahagian Pay & Transfer.
    Cara Bayar Pinjaman TEKUN Guna Maybank2u Website
  5. Bagi yang nak membuat pembayaran TEKUN, Anda perlu klik pada bahagian New Payment. Pada bahagian New Payment ni Anda perlu cari apa syarikat yang Anda nak bayar.
  6. So Anda scroll atau Anda perlu taip sahaja nama syarikat yang Anda nak, contohnya Anda taip TEKUN. Nanti dia akan keluar pencaharian TEKUN nasional, so Anda klik je pada bahagian TEKUN Nasional.
  7. Lepas tu Anda juga perlu masukkan pula maklumat pembayaran pinjaman Anda. Anda masukkan jumlah wang yang Anda nak bayaran.
  8. Lepas tu Anda masukkan pula Nombor Akaun Pinjaman Anda.
  9. Seterusnya Anda masukkan nombor kad pengenalan Anda. Dan bila dah siap, Anda perlu klik pada Pay.
    Cara Bayar Pinjaman TEKUN Guna Maybank2u Online
  10. Seterusnya Anda perlu pilih kaedah pengesahan, kami akan menggunakan sms TAC so kami klik pada sms tac dan Anda klik Request.
    Cara Bayar Pinjaman TEKUN via Maybank2u Online
  11. Nombor TAC ni akan dihantar ke SMS Anda, so Anda semak SMS dan masukkan nombor TAC tersebut, last sekali Anda perlu klik Confirm.
    Cara Bayar Pinjaman TEKUN via Maybank2u
  12. Dan Anda dah pun siap membuat pembayaran pinjaman TEKUN nasional melalui Maybank2u. Step dia senang dan simple dan kami harap Anda dapat follow step yang dah kami tunjukkan dalam artikel ni.
  13. Bagi Anda yang nak print dan simpan resit, Anda perlu klik pada Save Receipt.
    Cara Bayar Pinjaman TEKUN via Maybank2u Portal
  14. Selesai
Tutorial Lainnya:  Semak Baki Akaun Affin Bank

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara pembayaran pinjaman TEKUN Nasional, sila kunjungi cawangan TEKUN Nasional berdekatan atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan TEKUN Nasional. Baca juga cara bayar pinjaman PTPTN online melalui MyBSN.

Maka setakat ini sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel ini dapat membantu Anda.

Leave a Comment