Cara Daftar Agrobank Online AGRONet dan Pengaktifan

Banyak ciri dan fungsi yang boleh dilakukan oleh perbankan internet AGRONet sehingga ramai pelanggan berminat untuk mendaftar dan mengaktifkan Agrobank online atau AGRONet.

Selain lebih mudah dan selamat, pengguna AGRONet juga boleh menjalankan pelbagai aktiviti kewangan seperti check baki akaun Agrobank, pemindahan, tambah nilai kredit, bayar bil elektrik, bil air, loan, insurans dan bil kad kredit.

AGRONet boleh diakses melalui peranti seperti laptop, tablet ataupun telefon. AGRONet betul-betul sangat membantu pelanggan sehingga pengguna tak perlu keluar rumah ataupun kena pergi ATM.

Jika Anda ingin mendaftar perbankan internet Agrobank atau yang biasa dipanggil AgroNet, Anda boleh ikuti perkongsian di bawah ini.

Tutorial Lainnya:  Cara Guna JomPAY BSN Online MyBSN Biller Code

Cara Daftar Agrobank Online AGRONet

Untuk makluman, perbankan internet AGRONet adalah percuma tiada yuran bulanan atau tahunan. Pengguna hanya dikenakan yuran caj transaksi berdasarkan transaksi tertentu.

Kelayakan / Syarat

Untuk mendaftar perkhidmatan AGRONet, Anda hanya perlu sediakan:

  • Kad ATM
  • PIN ATM
  • Nombor Akaun Agrobank
  • No Telefon yang telah berdaftar

Cara Daftar AGRONet

AGRONet merupakan penyelesaian yang tepat bagi pelanggan Agrobank yang tidak mempunyai masa atau waktu untuk datang ke cawangan Agrobank. Dengan AGRONet, pelanggan boleh melakukan transaksi perbankan secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana saja..

Langkah untuk daftar akaun agrobank untuk kali pertama iaitu seperti berikut :

  1. Buka laman web Agronet
  2. Pilih menu Register an Account.
    Cara Daftar Agrobank Online Banking Portal
  3. Sila accept Terms & Conditions. Sekiranya Anda mahu, sila baca semua maklumat tersebut.
    Cara Daftar Agrobank Online Banking Website
  4. Sila masukkan 16 Digits Account Number.
  5. Masukkan ATM Card Number (Nombor Card Debit/Credit).
  6. Masukkan PIN ATM.
  7. Masukkan Kod yang dipaparkan, klik Next.
    Cara Daftar Agrobank via Online Banking Website
  8. Pilih gambar Keselamatan.
  9. Masukkan Username dan Password. Daftar Perbankan internet AGRONet
  10. Jawab 3 Soalan Keselamatan.
  11. Masukkan Nombor Telefon.
  12. Pilih satu Gambar Keselamatan.
  13. Selesai.
Tutorial Lainnya:  Cara Buat Maybank2u

Cara Aktifkan AGRONet

Untuk pengaktifan akaun AGRONet, sila ikuti step berikut:

  1. Setelah proses register akaun AGRONet diatas, langkah seterusnya klik Activate. Daftar AGRONet Online
  2. Kemudian masukkan Useranme dan No Telefon, klik Yes.
  3. Akhir sekali, masukkan TAC Number yang dihantar ke SMS Anda. Pengaktifan AGRONet
  4. Tahniah, Anda berjaya daftar dan aktifkan AGRONet.

Cara Login Agrobank Online Banking

Selepas selesai buat pendaftaran, berikut ialah cara login AGRONet:

  1. Buka laman web Agronet.
  2. Masukkan Username Anda kemudian tekan Login.
    Cara Daftar Agrobank guna Online Banking
  3. Sahkan Gambar Keselamatan Anda.
  4. Masukkan Password Anda tekan Submit.
    Cara Daftar Agrobank guna Online Banking Portal
  5. Jika semuanya betul, login Anda berjaya dan Anda akan dapat akses ke akaun AGRONet Anda.
Tutorial Lainnya:  Semak Nombor Telefon Melalui Kad Pengenalan Work 100%

Kalau Anda tak boleh login Agrobank online, Anda boleh baca artikel cara mengatasi masalah tak boleh login AGRONet.

Dengan kemajuan teknologi internet, perbankan dalam talian telah menjadi salah satu cara yang paling popular untuk melakukan transaksi perbankan. Sistem perbankan dalam talian seperti AGRONet membantu pelanggan dan bank untuk melakukan transaksi dengan lebih cepat, mudah, dan efisien.

Perbankan dalam talian merupakan inovasi yang sangat bermanfaat bagi pelanggan bank dan pihak Agrobank. Ini merupakan salah satu contoh bagaimana teknologi internet boleh membantu meningkatkan perkhidmatan perbankan dan memberikan kemudahan kepada pelanggan.

Leave a Comment