Cara Daftar Bank Islam Online

Pemegang akaun atau pelanggan Bank Islam boleh membuat transaksi online melalui perkhidmatan Bank Islam Online Banking bankislam.biz

Bankislam.biz menawarkan kemudahan transaksi kewangan secara atas talian pada bila-bila masa dan dimana sahaja sehingga dapat jimatkan masa.

Ciri yang ditawarkan Bank Islam online seperti check baki akaun, bayar bil elektrik, bayar bil air, pemindahan dana, transfer dan banyak lagi. Anda boleh memohon perkhidmatan Bank Islam online banking dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini.

Tutorial Lainnya:  Cara Dapatkan Kod QR DuitNow Maybank Guna MAE
Cara Daftar Bank Islam Online

Kelayakan Daftar Bank Islam Online

Anda mestilah mempunyai syarat di bawah ini untuk membuat pendaftar di bankislam.biz

  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai Akaun Individu Semasa/Simpanan ; atau
  • Mempunyai Akaun Tunggal.
  • Mempunyai Kad ATM/Debit Bank Islam.
  • Mempunyai PIN ATM.

Cara Daftar Bank Islam Online

Ikuti langkah-langkah daftar Bank Islam online:

  1. Lawati pautan web rasmi Bank Islam https://www.bankislam.biz
  2. Klik First Time User. First Time User
  3. Baca terlebih dahulu Terma dan Syarat, kemudian klik kotak kecil untuk bersetuju. Terma dan Syarat Bank Islam
  4. Klik Continue.
  5. Klik Continue sekali lagi. Select Card Type Bank Islam
  6. Masukkan ATM Card/Debit Card No pada ruangan yang disediakan. ATM Card Daftar Bank Islam
  7. Masukkan ATM PIN Anda.
  8. Klik Continue.
  9. Pada User ID, masukkan nama pengguna yang Anda mahu. Customer Name Bank Islam
  10. Pada Password, masukkan kata laluan yang Anda inginkan.
  11. Masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
  12. Masukkan Alamat Email Anda.
  13. Pada Mobile Number, masukkan nombor handphone Anda.
  14. Masukkan Private Word yang Anda inginkan. Secret Question
  15. Pilih salah satu Gambar Keselamatan akaun Anda.
  16. Sila pilih pada Secret Question 1, 2, dan 3 lalu jawap pada Secret Answer 1, 2, dan 3.
  17. Klik Submit.
  18. Semak sekali lagi butiran yang Anda tadi isi. Confirm Bank Islam Daftar
  19. Klik Confirm.
  20. Tahniah, Anda berjaya daftar Bank Islam.
Tutorial Lainnya:  [ Update ] Cara Langgan Internet XOX Season Pass Lengkap

Setelah berjaya daftar, sila check baki akaun Bank Islam secara online untuk melihat baki akaun terkini.

FAQ Bank Islam

Berikut beberapa soalan lazim mengenai Bank Islam:

1. Apa itu Go by Bank Islam?

Go by Bank Islam merupakan aplikasi perbankan mudah alih yang ditawarkan oleh Bank Islam yang membolehkan Anda mengakses akaun Bank Islam anda dan melakukan perkhidmatan terpilih dengan cepat dan selamat dari peranti mudah alih Anda 24 jam sehari.

Tutorial Lainnya:  Cara Buat Link Whatsapp di Instagram

2. Bolehkah saya mengakses aplikasi semasa saya pergi ke luar negara?

Ya, selagi Anda mempunyai akses internet. Sila hubungi penyedia perkhidmatan mudah alih Anda untuk bayaran perayauan.

3. Macam mana saya tahu jika urus niaga saya berjaya?

Anda akan menerima pemberitahuan pengesahan transaksi melalui pemberitahuan tolak melalui Go by Bank Islam.

Sebagai alternatif, anda juga boleh memeriksa Inbox dan sejarah transaksi anda melalui aplikasi ini atau Bank Islam Internet Banking.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Islam Anda boleh hubungi Contact Centre di +603-26-900-900 atau melalui Email: contactcentre@bankislam.com.my

Leave a Comment