Cara Daftar Bank Muamalat Online Register iMuamalat

Bank Muamalat Malaysia Berhad menyediakan perkhidmatan perbankan dan pinjaman peribadi, termasuk perkhidmatan perbankan internet yang dikenali sebagai iMuamalat.

Dengan menggunakan perkhidmatan iMuamalat, pelanggan Bank Muamalat boleh melakukan pelbagai jenis transaksi kewangan melalui internet, seperti semak baki, pemindahan wang ke akaun lain, atau membayar bil melalui aplikasi iMuamalat atau laman web perbankan internet Bank Muamalat.

Untuk tutorial kali ini kami akan kongsikan cara untuk membuat pendaftaran internet banking bank Muamalat ataupun dikenali juga sebagai iMuamalat. Untuk membuat pendaftaran iMuamalat:

  • Anda perlu mempunyai akaun bank Muamalat.
  • Dah pun kemaskini nombor telefon di kaunter bank Muamalat.

Lepas tu Anda boleh ikuti step cara daftar Bank Muamalat online atau iMuamalat berikut ini.

Cara Daftar Muamalat Online Banking i-Muamalat

So bagi Anda yang dah pun memiliki akaun Bank Muamalat dan dah pun mengemaskini nombor telefon, Anda boleh ikuti step berikut ni.

  1. Pertama sekali, Anda boleh ke laman website bank https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
  2. Nanti dia akan keluar macam ni, dekat sini Anda klik sahaja Login. Seterusnya untuk Anda membuat pendaftaran iMualamat, Anda perlu klik pada First Time Registration
    Cara Daftar Muamalat via Online Banking Portal
  3. Kemudian dekat sini dia akan paparkan ruangan Terma dan Syarat, Anda bacalah sekejap Terma dan Syarat ni, bila dah siap Anda perlu klik pada butang Accept.
  4. Lepas tu Anda klik pula pada bahagian Next.
    Cara Daftar Muamalat via Online Banking Website
  5. Dekat sini ada ruangan tertera First Time Registrtaion ni, so dekat sini Anda perlu isi maklumat Anda.
  6. So untuk step yang pertama, Anda perlu masukkan Nombor Kad ATM ataupun Nombor KAD Debit Anda.
  7. Bagi Anda yang tak tahu letak Nombor Kad, Anda boleh tengok contoh berikut dia ada 16 digit, so Anda perlu masukkan semua.
  8. Lepas dah siap, Anda perlu masukkan pula Nombor Kad Debit ataupun Kad Kredit Anda.
  9. Nombor PIN ni adalah nombor yang Anda masukkan bila Anda nak menggunakan mesin atm ataupun nombor yang Anda perlu masukkan untuk membuat pembayaran dekat pasar raya
  10. So lepas dah siap ke step yang pertama, lalu Anda ke step yang kedua yang mana Anda perlu pilih jenis ientiti Anda, sekiranya Anda menggunakan Mykad Anda boleh klik pada bahagian Mykad.
  11. Lepas tu Anda masukkan nombor kad pengenalan Anda. Bila dah siap masukkan nombor kad pengenalan Anda ataupun Nombor IC Anda, Anda perlu masukkan pula Nombor Telefon bimbit Anda.
  12. Lepas Anda dah siap isi kesemua butiran maklumat yang diminta, Anda perlu klik dekat bahagian Next.
    Cara Daftar Muamalat guna Online Banking Portal
  13. Lepas tu dekat paparan seterusnya ni, Anda perlu buat Username Anda, untuk Username ni sila pastikan Anda menggunakan 6 hingga 12 digit aksara yang mana kena menggabungkan Nombor, Huruf Besar, Huruf Kecik, dan Simbol.
  14. Ini adalah contoh Username yang Anda boleh gunakan, 12Rohaya!@#, 23Gidadari&, CokComol1@
  15. Seterusnya lepas Anda buat Username, Anda boleh pula buat Password, dan Anda perlu salin semula Password yang Anda buat tu pada bahagian sini.
  16. Untuk Password ni Anda perlu gunakan 8 hingga 12 digit aksara dan sama juga dia mesti menggabungkan nombor, huruf besar, huruf kecik, dan simbol. Contoh password, Ali986BB@, 765Nama&, BudakCute1*
  17. Langkah yang seterusnya Anda perlu pilih Security Image, untuk Security Image ni dia akan paparkan masa Anda nak log masuk akaun i-Muamalat Anda, so Anda pilih satu sahaja untuk Security Image. Lepas tu Anda klik Next.
    Cara Daftar Muamalat guna Online Banking Website
  18. Anda dah pun berjaya membuat pendaftaran sebagai pengguna i-Muamalat.
  19. Selesai.
Tutorial Lainnya:  Cara Tukar Limit Maybank2u

Cara Aktifkan iMuamalat

Tapi kan Anda masih tak boleh membuat sembarang urusan ataupun sembarang transaksi, sebab yang pertama Anda masih belum mengaktifkan akaun i-Muamalat.

So nak aktifkan Akaun Muamalat Anda perlu Call Customer Service Bank Muamalat di 1-300-88-8787. Lepas tu Anda bagitahu lah dekat tu bahwa Anda nak aktifkan akaun i-Muamalat Anda.

Tutorial Lainnya:  Semakan Baki PTPTN

Sebab yang kedua Anda belum lagi mengemaskini maklumat ataupun butiran peribadi Anda.

  1. Bila Anda log in akaun i-Muamalat, Anda masukkan Username dan Password lalu klik Login.
    Cara Daftar Muamalat using Online Banking Portal
  2. Dekat paparan seterusnya Anda perlu isi butiran maklumat Anda, so dekat situ Anda perlu isilah kesemua maklumat Anda.
  3. Lepas dah siap barulah Anda boleh membuat urusan ataupun barulah Anda boleh meneruskan dengan transaksi sama ada transaksi transfer ataupun pembayaran bill ataupun sebagainya.
Tutorial Lainnya:  Semakan Penyata Gaji Secara Online

Seterusnya Anda boleh semak baki akaun Bank Muamalat untuk melihat baki akaun terkini.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.

1. Kalau cara buka current account bank Muamalat?

Anda coba ikut step dalam artikel yang ini ye, step dia sama sahaja.

2. Kenapa saya punya naik value of identity number is mismatch? Padahal atm PIN dah betul.

Anda coba call customer service bank Muamalat ye.

3. Kenapa saya tak boleh buat?

Anda coba buat semula ye, tapi make sure Anda dah update nombor telefon Anda ye.

Leave a Comment