Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking Aktifkan iRakyat

Cara daftar iRakyat atau internet banking Bank Rakyat sangat mudah dilakukan sekiranya pelanggan memahami langkah-langkahnya. Dengan mengaktifkan perkhidmatan iRakyat, pelanggan boleh membuat transaksi tanpa perlu keluar rumah dan pada bila-bila masa.

iRakyat ialah perkhidmatan perbankan elektronik melalui internet pada komputer atau telefon bimbit. Perkhidmatan perbankan internet Bank Rakyat ini direka untuk memberi kemudahan kepada pelanggan dalam transaksi kewangan, seperti pemindahan wang, pembelian, pembayaran bil dan banyak lagi.

iRakyat dilengkapi dengan ciri TAC/OTP dengan sistem keselamatan berlapis untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data dan transaksi yang dibuat oleh penggunanya.

Syarat Daftar Bank Rakyat Online Banking iRakyat

Kali ini saya akan kongsi mengenai cara untuk daftar internet banking Bank Rakyat di irakyat.com.my. Ada dua cara untuk daftarkan internet banking bank rakyat anda, iaitu dengan menggunakan:

  • Kad kredit ataupun kad debit
  • Termporari ID

Apa Itu iRakyat

Bank Rakyat menawarkan perkhidmatan perbankan digital iRakyat. Dengan iRakyat platform yang kukuh dan teknologi penyulitan terkini, iRakyat memberikan pelbagai peringkat dengan ciri yang hebat, mudah digunakan serta kepelbagaian fungsi.

Tutorial Lainnya:  Cara Transfer Duit Dari Bank Islam Ke Bank Islam Online

iRakyat membolehkan pelanggan melakukan transaksi perbankan dengan mudah, setiap masa dan di mana saja.

Cara Daftar Nombor Telefon di mesin ATM

Sebelum membuat pendaftaran iRakyat secara online, Anda mesti mendaftar no telefon Anda dahulu di mesin ATM Bank Rakyat .

  1. Pergi ke mesin ATM, dan masukkan kad ATM anda serta nombor PIN.
  2. Seterusnya, pilih Others.
  3. Kemudian, pilih Internet Banking TPIN.
  4. Masukkan nombor telefon anda dan TPIN.
  5. Proses anda selesai.

Cara Dapatkan T-PIN Bank Rakyat

Anda boleh dapatkan T-PIN daripada kaunter.

  1. Sila kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.
  2. Ambil nombor giliran, beritahu staff bank kalau Anda ingin dapatkan T-PIN untuk pendaftaran internet banking Bank Rakyat (iRakyat).

T-PIN adalah nombor enam digit yang Anda perlu gunakan untuk melakukan pendaftaran nombor telefon dan juga pendaftaran akaun i-Rakyat Anda.

Cara Daftar iRakyat

Setelah mendaftarkan nombor telefon dan dapatkan T-PIN, langkah seterusnya adalah membuat pendaftaran menggunakan kad kredit ataupun kad debit.

  1. Layari Portal Bank Rakyat di irakyat.com.my
  2. Seterusya anda klik Pautan Paling Atas
    Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking iRakyat Portal
  3. Lepas tu anda tekan pada butang Login, kemudian klik Personal Banking.
    Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking iRakyat Website
  4. Lalu anda tekan pada Register.
    Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking iRakyat Portal Website
  5. Seterusnya anda pilih I Have a Bank Rakyat Kad Debit-i/Credit Card-i.
    Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking iRakyat Website Portal
  6. Anda boleh isikan semua maklumat yang diperlukan.
  7. Pilih jenis kad yang anda gunakan, Kad Debit ataupun Kad Kredit.
  8. Anda isikan Nombor Kad Debit.
  9. Kemudian anda masukkan NomborĀ  Telefon.
  10. Seterusnya anda masukkan Card PIN.
    Cara Register Bank Rakyat Online Banking iRakyat Portal Website
  11. Lalu anda pilih bandar terdekat anda, contoh Perak Darul Ridzuan.
  12. Dan ada pilih Cawangan Bank Rakyat. Kemudian klik Next.
    Cara Register Bank Rakyat Online Banking iRakyat Portal
  13. Anda akan diminta untuk masukkan TAC Number, sila tekan pada Click Here untuk Request TAC Number yang dihantar ke SMS anda
  14. Lepas tu anda masukkan TAC Number. Lalu anda tekan butang Submit.
    Cara Register Bank Rakyat Online Banking iRakyat Website Portal
  15. Pada bahagiaan ini, anda diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan.
  16. Masukkan Username anda. Seterusnya anda masukkan Password, seterusnya anda masukkan sekali lagi Password. Dan anda masukkan Alamat Emel.
    Cara Register Bank Rakyat Online Banking iRakyat Website
  17. Kemudian anda isikan Secure Phrase. Lalu anda pilih satu warna untuk Secure Phrase.
  18. Lepas tu anda centang pada checkbox Terma dan Syarat. Seterusnya anda klik butang Submit.
    Register Bank Rakyat Online Banking iRakyat Portal Website
  19. Anda telah berjaya untuk daftarkan akaun bank rakyat.
    Daftar Bank Rakyat Online Banking iRakyat Portal Website
Tutorial Lainnya:  Cara Reset Password Username Bank Rakyat iRakyat

Bank Rakyat Online Banking Login

Setelah berjaya membuat pendaftaran, sekarang Anda boleh menggunakan iRakyat. Untuk cara login iRakyat Anda boleh ikuti step beriku:

  1. Layari laman https://www2.irakyat.com.my
  2. Masukkan Username dan Password, klik Login.
  3. Proses log masuk telah selesai dan Anda akan dibawa ke menu utama iRakyat.
  4. Selesai.

Untuk check baki Bank Rakyat, Anda boleh baca cara semak baki akaun Bank Rakyat secara online.

Tutorial Lainnya:  Cara Bayar AEON Credit Guna BSN Online MyBSN

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah beberapa pertanyaan mengenai iRakyat.

1. irakyat boleh start umur berapa eh? lagi satu kalau nak daftar kat bank ja boleh tak? sebab takut la nak buat sendiri.

Untuk daftar akaun bank rakyat tiada had umur anda, tapi kalau untuk online banking irakyat anda kena cukup 18 tahun ya, untuk buat dekat bank tu rasanya boleh je, nanti anda bagi tahu staff bank rakyat ye.

2. Saya nak tanya part create username dan password tu saya dah isi tapi lepas tekan accept terms condition dia keluar duplication form submission not allowed kenapa ya?

Yang tu saya tak pasti juga, coba anda buat semula dan kalau still sama anda call customer service bank rakyat ya.

3. Saya dah masukkan password lepas tu atas tu dia tulis G0007 you have already login. Tapi tak jadi pun. Boleh tahu tak kenapa ?

Anda kena clear cache dan history browser anda lepas tu anda cuba login semula ye, biasanya sebab anda terlogin 2 kali tu.

4. Macam mana eh kalau nombor TPIN terlupa, boleh buat balik ke?

Boleh, sila buat balik kat ATM atau kaunter.

Leave a Comment