Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam Online

Setiap transaksi pemindahan wang melalui mesin ATM, aplikasi Go by Bank Islam dan Bank Islam online banking (bankislam.biz) akan mengeluarkan resit sebagai bukti kalau Anda telah membuat pemindahan wang.

Resit biasanya diperlukan oleh pengirim wang sebagai bukti untuk memberitahu penerima bahawa transfer wang telah berjaya dilakukan.

Walau bagaimanapun, kadangkala kita terlupa tidak ambil resit setelah membuat pembayaran atau transfer. Tutorial kali ini adalah cara untuk dapatkan semula resit transaksi untuk Bank Islam, dan cara ni kita akan menggunakan website Bankislam.biz

Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam

Pelanggan tidak perlu risau apabila mereka terlupa untuk mengambil tangkapan skrin apabila mereka selesai membuat transaksi pemindahan. Pengguna perbankan internet Bank Islam boleh mengikuti cara melihat bukti pemindahan dengan mudah dan praktikal. Untuk dapatkan resit transaksi Bank Islam, sila ikuti step berikut ini:

  1. Untuk permulaan anda perlu ke website https://www.bankislam.biz
  2. Lepas tu Anda perlu klik pada Internet Banking Login.
  3. Anda masukkan Username anda, lepas dah siap anda klik Login.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam via Bank Islam Website
  4. Seterusnya anda perlu klik pada kotak kecil untuk pengesahan Private Image dan Private Word.
  5. Lepas tu anda perlu masukkan Password bank islam biz anda. Dan last sekali anda perlu klik Login.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam via Bank Islam Online
  6. Bagi anda yang ingin mendapatkan semula resit transaksi untuk bankislam.biz anda, apa yang anda perlu buat adalah anda perlu klik pada bahagian My Accounts.
  7. Lepas tu anda perlu klik pula pada bahagian Internet Banking Transaction History.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam guna Bank Islam Online
  8. Seterusnya Anda perlu pilih jenis transaksi, dia ada banyak sangat pilihan. Lalu anda perlu pilih tarikh mula transaksi yang anda nak tengok dan tarikh terakhir transaksi yang anda nak tengok.
  9. Oke lepas anda dah pilih tarikh untuk transaksi, anda perlu klik pada bahagian Submit.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam guna Bank Islam Portal
  10. So dia akan paparkan semua transaksi yang anda lakukan untuk tarikh-tarikh yang anda pilih tadi. Untuk anda dapatkan semula resit bagi transaksi-transaksi yang anda lakukan, contohnya macam kami, kami nak dapatkan resit transkasi yang salah satunya, kami hanya perlu tekan pada bahagian View Details.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam gunakan Bank Islam Online
  11. So nanti dia akan keluar resit transaksi anda. Sekiranya anda nak print ataupun anda nak download resit transaksi ni anda hanya perlu klik pada bahagian Print.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam gunakan Bank Islam Portal
  12. Kalo anda nak print, anda bolehlah print seperti biasa.
  13. Bagi anda yang nak download ataupun nak simpan resit ni sebagai PDF. Pada bahagian destination anda boleh pilih Save as PDF.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Islam using Bank Islam Online
  14. Lepas tu anda boleh lah klik Save. So anda dah pun berjaya dapatkan semula resit transaksi bank islam anda.
Tutorial Lainnya:  Cara Hide Baki Akaun eWallet MAE Maybank Online

Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun Bank Islam online, Anda boleh baca artikel cara register Bank Islam online.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah beberapa soalan lazim mengenai Bank Islam.

1. Kalau transfer tuk any payment susah la nak screenshoot company tak terima, ada solution lain tak ataupun nak kena subscribe yang e statement tu.

Tutorial Lainnya:  Cara Beli Internet Celcom

Anda kena guna laptop, lepas tu baru ikut step dalam artikel ni.

2. Kenapa tak de pun butang print tu? Ada butang close je

Anda maybe boleh screenshoot.

3. Dulu boleh je saya share resit PDF direct dari apps bank islam, tapi lepas guna telefon baru terus tak boleh share.

Tutorial Lainnya:  Semak Baki Pinjaman Kereta Hong Leong Bank

Yang tu kami tak pasti jugak, anda boleh screenshot resit anda tu.

Leave a Comment