Cara Dapatkan Resit Transfer BSN Statement Bank

Cara dapatkan resit transfer BSN melalui internet banking MyBSN sebenarnya sangat mudah. Namun, masih ramai pengguna MyBSN yang tidak mengetahui langkah-langkahnya.

Biasanya, resti transfer BSN dalam myBSN akan muncul selepas transaksi pemindahan berjaya. Walau bagaimanapun, banyak pelanggan yang sering terlupa untuk menyimpan bukti pemindahan BSN melalui tangkapan skrin ataupun mesin ATM.

Bukti pemindahan BSN sering diperlukan oleh pelanggan sebagai tAnda bahawa transaksi perbankan telah berjaya/sah dari pengirim kepada penerima wang.

Bagi Anda yang mengalami kesukaran untuk dapatkan ataupun cetak resit transfer MyBSN, tak perlu risau sebab kami akan kongsikan cara untuk cetak resit transfer BSN secara online yang boleh Anda cuba.

Cara Dapatkan Resit Transfer BSN

Di bawah ini kami akan kongsikan cara dapatkan resit transfer BSN Anda.

  1. Untuk bahagian permulaan seperti biasa Anda login, ataupun Anda log masuk akaun MyBSN Anda, so masukkan Username dan juga Password.
    Cara Dapatkan Resit Transfer BSN via Online Banking
  2. Lepas tu pada paparan utama ni, Anda perlu klik pada bahagian Account Overview dan nanti dia akan keluar macam ni kan. So dekat sini dia ada no akaun bsn Anda, Anda perlu klik pada Nombor Akaun BSN Anda.
    Cara Dapatkan Resit Transfer BSN via Online Banking Portal
  3. Dan nanti dia keluar pula macam ni, dekat sini untuk Anda dapatkan semula resit transaksi Anda. Anda perlu klik pada bahagian MyBSN Transaction History.
    Cara Dapatkan Resit Transfer BSN via Online Banking Website
  4. Dan untuk bahagian yang ni, view transaction for ni Anda perlu pilih tempoh masa yang Anda nak.
  5. Kalo Anda nak tengok transaksi yang 30 hari belakang, Anda boleh pilih Last 30 days.
  6. Kalo nak tengok yang 60 hari terbelakang, Anda boleh pilih Last 60 days.
  7. Untuk status pula kami nak tengok transaksi yang berjaya, so kami klik pada bahagian Successful.
  8. Bila Anda dah set kedua-dua ni, seterusnya Anda klik pada bahagian Submit.
    Cara Dapatkan Resit Transfer BSN via Internet Banking Portal
  9. Lepas tu dia akan keluarlah senarai transaksi kalau dalam masa 30 hari tuh Anda buat 10 transaksi, dekat sini dia akan ada 10 senarai lah.
  10. Macam kami, kami hanya buat satu transaksi sahaja dalam tempoh 30 hari tu. Oke, untuk Anda print atau dapatkan semula resit transaksi Anda, Anda klik pada bahagian Reprint, nanti dia akan keluarlah resit transaksi Anda.
  11. Inilah Resit Transaksi yang pernah Anda buat sebelumnya dan kalau Anda nak Print, Anda klik pada butang Print.
    Cara Dapatkan Resit Transfer BSN via Internet Banking Website
Tutorial Lainnya:  Cara Semak Baki Akaun CIMB

So itu sahaja cara-cara untuk dapatkan semula resit transaksi MyBSN, semoga artikel ini dapat membantu Anda. Sekiranya akaun BSN Anda belum lagi aktif, kami nasihatkan Anda untuk segera aktifkan MyBSN Anda.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah senarai soalan dan jawapan yang mungkin boleh bantu Anda.

1. Kalau nak download receipt transaction ke pdf macam mana ya?

Tutorial Lainnya:  Cara Tukar Plan Maxis

Bila Anda klik print kan ada bahagian pilih printer dekat situ Anda pilih save as PDF ye.

2. Kalau tiba-tiba duit tu tak masuk ke akaun orang, berapa lama untuk duit tu sampai ke akaun orang dan apa beza status accepted dengan succesful?

Anda guna duitnow transfer ke? atau Anda guna interbank giro? accepted masih belum masuk ke akaun penerima ye. Kalau Anda guna interbank giro biasanya keesokan hari bekerja, sabtu ahad cuti so hari isnin baru masuk ye.

Tutorial Lainnya:  Cara Check Baki Loan Kereta AEON

3. Kalau nak tahu dan tengok duit yang kita terima tu daripada mana dan siapa ya?

Yang tu Anda kena ke kaunter bsn ye, sebab dalam MyBSN dia tak nyatakan.

Leave a Comment