Cara Deposit Wang Bank Rakyat Guna CDM Bank In

Cara deposit wang Bank Rakyat di mesin ATM/CDM boleh dilakukan dengan mudah dan praktikal. Pelanggan boleh mendepositkan wang Bank Rakyat dengan kad debit ataupun tanpa kad.

Kewujudan kaedah deposit tunai di mesin ATM/CDM Bank Rakyat tentu sahaja menjadi penyelesaian kepada pelanggan yang ingin menyimpan wang dalam akaun bank dan pemindahan wang. Pelanggan tidak perlu lagi mengunjungi cawangan Bank Islam dan beratur jika ingin menyimpan dan transfer wang.

Selain itu, pelanggan masih boleh membuat deposit tunai walaupun pada hari cuti. Sebab mesin CDM Bank Rakyat boleh diakses selama 24 jam.

Cara Deposit Wang Bank Rakyat Guna CDM

Jom semak cara nak deposit wang bank rakyat guna CDM berikut ini:

  1. Untuk permulaan anda perlu masukkan Kad ATM atau Kad Debit Anda.
  2. Lepas tu dekat sini anda perlu pilih menu Bahasa Melayu.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat Guna Mesin CDM
  3. Seterusnya anda perlu masukkan 6 Digit Nombor PIN ATM ataupun Nombor PIN Debit anda.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat Guna Mesin CDM
  4. Lepas anda dah masukkan Nombor PIN tu, anda kena tunggu sebentar.
  5. Dan dekat sini anda perlu pilih menu Bank Rakyat.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat via CDM Machine
  6. Seterusnya dia keluar pula paparan macam ni. Dekat sini anda perlu pilih menu Deposit Tunai.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat via CDM
  7. Anda perlu ingat,bila anda masukkan duit guna mesin cdm anda perlu menggunakan kertas yang bernilai RM10, RM20, RM50, atau RM100 sahaja. Maksudnya anda tak boleh masukan wang kertas RM1 ataupun RM5.
  8. Bila keluar paparan macam ni, anda perlu masukkan wang yang anda deposit ke akaun anda dekat bahagian deposit slot. Lepas anda masukkan, anda tekan pada bahagian tekan untuk Sah.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat via CDM
  9. Lepas tu sila tunggu sekejap. Kalau keluar paparan macam ni anda tak perlu risau, anda ambil dulu duit yang dikeluarkan tu.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat using Mesin CDM
  10. Lepas tu di paparan ni anda perlu pilih menu tambah Wang.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat lewat CDM Machine
  11. Dan anda perlu ulang step yang macam tadi. Seterusnya anda boleh tekan pada bahagian Sah.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat using CDM Machine
  12. Tapi sebelum anda tekan sah, pastikan jumlah yang anda masukkan dekat deposit slot tu sama dengan jumlah yang dipaparkan. Bila anda klik pada menu Sah, anda perlu tunggu sekejap dan transaksi anda dah pun selesai.
    Cara Deposit Wang Bank Rakyat gunakan CDM Machine
  13. Seterusnya anda boleh ambil kad debit anda, bersama resit transaksi yang anda buat tadi.
Tutorial Lainnya:  Bagaimana Cara Aktifkan Nombor U Mobile Yang Sudah Expired

Setelah Anda depositkan wang melalui CDM, kami nasihatkan Anda untuk semak baki akaun Bank Rakyat Anda untuk mengetahui baki akaun terkini.

Jadi kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel ini dapat membantu anda.

Leave a Comment