Cara Deposit Wang Guna Mesin CDM BSN Bank In

Mendepositkan wang melalui mesin CDM (Cash Deposit Machine) adalah salah satu perkhidmatan perbankan yang banyak orang gunakan. Sebab pelanggan tidak perlu bersusah payah mengunjungi cawangan BSN dan menunggu giliran di kaunter. Hanya dengan melawat mesin CDM untuk mendepositkan wang, wang boleh masuk terus ke dalam akaun.

Artikel kali ini kami akan share cara deposit wang guna mesin CDM ataupun cash deposit machine untuk BSN. Tapi Anda boleh juga gunakan step ini untuk bank-bank lain sebabnya step dia hampir sama, cuma ada sedikit berbezaan sahaja.

Jadi kami harap artikel ini dapat membantu Anda untuk mendepositkan wang menggunakan mesin CDM.

Cara Deposit Wang Guna Mesin CDM BSN

Sila ikuti step cara deposit duit guna mesin CDM BSN di bawah ini.

  1. Langkah yang pertama, Anda perlu ke mesin CDM BSN. Kemudian Anda tekan apa-apa butang atau nombor pada mesin tersebut untuk aktifkan skrin.
  2. Nanti dia akan keluar paparan macam ni, dan Anda pilih Bahasa.
    Cara Deposit Wang Gunakan Mesin CDM BSN
  3. Seterusnya Anda pilih Ya jika Anda nak meneruskan transaksi. Lepas tu pada menu utama ni Anda pilih Deposit Tunai.
    Cara Deposit Wang using Mesin CDM BSN
  4. Pilih pula Akaun BSN.
    Cara Deposit Duit via Mesin CDM BSN
  5. Dekat sini Anda masukkan Nombor Akaun Penerima. Dan bila Anda dah siap pastikan nombor akaun yang Anda masukkan tu dah betul dan dah tepat, barulah Anda pilih Ya.
    Cara Deposit Duit using Mesin CDM BSN
  6. Lepas tu Anda semak semua butiran maklumat yang dipaparkan, pastikan Nama dan Nombor Akaun Penerima adalah betul dan jika betul Anda pilih Ya.
    Cara Deposit Duit guna Mesin CDM BSN
  7. Lepas tu Anda masukkan wang di bahagian yang disediakan, dan bila Anda dah siap Anda pilih Teruskan.
    Cara Deposit Duit gunakan Mesin CDM BSN
  8. Pastikan jumlah yang dipaparkan adalah betul dan jumlah wang yang Anda masukkan dekat bahagian yang disediakan tadi. Jika semuanya dah betul, Anda boleh tekan Ya.
  9. Sekiranya Anda nak tambah duit, Anda perlu tekan tambah Wang. Tapi sekiranya Anda tak nak dan jumlah yang dipaparkan adalah betul Anda boleh tekan Ya.
    Deposit Duit gunakan Mesin CDM BSN
  10. Dan akhir sekali pastikan dia akan keluar macam ni lah.
    Deposit Duit using Mesin CDM BSN
  11. So Anda dah pun berjaya mendepositkan wang menggunakan mesin CDM BSN.
  12. Selesai.
Tutorial Lainnya:  Cara Langgan Internet Tune Talk

Sekiranya Anda ingin transfer wang ke akaun lain menggunakan mesin ATM, Anda boleh baca artikel cara transfer wang guna ATM BSN ke bank lain.

Jadi itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel ini dapat membantu Anda.

Soalan Lazim

Beberapa pertanyaan di bawah ini mungkin boleh membantu Anda.

1. Kalau termasukkan dekat SSP, kena tunggu 45 hari ke baru boleh withdraw dekat kaunter?

Tutorial Lainnya:  Cara Stop Remove Tabung RoadTax MAE Maybank

Maaf ye kalau yang SSP kami tak pasti pulak macam mana tu.

2. Kalau kita tersalah masukkan duit kita kat SSP BSN, macam mana nak keluarkan?

SSP BSN rasanya kena ke kaunter ye.

3. Kalau nak transfer ke orang lain guna kad ATM juga ke atau hanya untuk bank in ke dalam akaun sendiri perlu guna kad ATM?

Tutorial Lainnya:  Download Kemaskini Whatsapp Terbaru

Boleh direct masuk ke akaun penerima ye tanpa guna kad ATM BSN Anda.

Leave a Comment