Cara Guna JomPAY BSN Online MyBSN Biller Code

Ramai pelanggan BSN baharu yang tak tahu perkhidmatan JomPAY, so untuk artikel kali ini kami akan terangkan berkaitan dengan fungsi JomPAY dalam myBSN.

Untuk maklumat Anda semua JomPAY ni merupakan satu inisiatif nasional yang disokong oleh bank-bank di negara malaysia bagi menyediakan satu kaedah pembayaran melalui online.

Dengan adanya JomPAY ni Anda boleh menikmati kemudahan pembayaran bil dan hanya menggunakan dana dari akaun simpanan, ataupun akaun semasa ataupun melalui akan kad kredit Anda. Berikut kami kongsikan cara guna JomPAY BSN di MyBSN.

Cara Guna JomPAY BSN Online

Cara Guna JomPAY BSN Online

Dengan menggunakan fungsi JomPAY transaksi atau pembayaran bill Anda lebih cepat, selamat dan paling penting ialah sangat mudah.

Anda hanya perlu membuat pembayaran bill semudah 1,2,3 sahaja. Dan untuk Anda membuat pembayaran bill melalui JomPAY myBSN, Anda boleh ikuti step di bawah ini.

Biller Code

Biller Code adalah nombor unik untuk mengenal pasti Pengeluar Bil JomPAY. Ref-1 merupakan nombor unik yang digunakan oleh Pengeluar Bil Anda untuk mengenal pasti akaun Anda. Ref-1 mungkin tetap atau berubah seperti yang diperlukan oleh Pengeluar Bil. Dalam kebanyakan kes, Ref-1 ditetapkan.

Tutorial Lainnya:  Cara Buat Full Settlement AEON Credit

Bagi setiap pengeluar bil JomPAY, terdapat Kod Pengeluar Bil (BC) dan Nombor Rujukan Penerima (Ref -1) yang dicetak pada semua bil. Jika Nombor Rujukan tambahan (Ref-2) diperlukan, ia juga akan dipaparkan pada bil.

  1. Langkah yang pertama Anda perlu cari logo JomPAY dekat Bill Utiliti Anda.
  2. Dan dekat bill Anda ni, Anda perlu dapatkan Biller Code.
  3. ini adalah contoh Biller Code untuk TNB.
    Cara Guna JomPAY BSN Online Biller Code
  4. Dan manakala ini pula contoh Biller Code untuk Astro.
    Cara Guna JomPAY BSN Online Biller Codes
  5. So Anda perlu dapatkan Biller Code ni.

Cara Buat Pembayaran Melalui JomPAY MyBSN

Lepas Anda dapatkan biller code, langkah seterusnya boleh ikuti step berikut.

  1. Untuk langkah yang kedua, Anda perlu masuk Akaun MyBSN Anda
    Cara Guna JomPAY BSN Online Payment Confirm
  2. Seterusnya, lepas Anda dah log masuk Anda perlu ke bahagian Payment
  3. Kemudian Anda perlu klik pada bahagian JomPAY
    Cara Guna JomPAY BSN Online Payments Confirm
Tutorial Lainnya:  Cara Tukar Plan Digi Prepaid Cepat Mudah

Payment Confirmation

Untuk langkah yang ketiga, Anda perlu masukkan semua butiran pembayaran, kemudian Anda perlu mengesahkan pembayaran tersebut.

  1. Seterusnya Anda perlu klik Nombor Akaun BSN Anda. Kemudian Anda perlu klik pada bahagian New Biller.
  2. Seterusnya Anda perlu masukkan Biller Code Bill Anda. Biller Code ni adalah Nombor Kod yang kami tunjukkan tadi, so Anda perlu masukkan sahaja kod yang dipaparkan pada bill Anda.
  3. Kemudian untuk bahagian Rujukan-1, Anda perlu masukkan nombor akaun bill Anda. Untuk rujukkan kedua pula, Anda boleh masukkan nombor kad pengenalan Anda ataupun nama penuh Anda ataupun nombor telefon Anda.
  4. Seterusnya Anda masukkan jumlah yang Anda nak membuat pembayaran.
  5. Lepas tu Anda perlu klik pada kotak Declaration. Kemudian Anda klik Submit.
    Cara Kemaskini Maklumat Dalam Akaun MyASNB using Internet Website
  6. Seterusnya dekat bahagian Payment Confirmation, Anda perlu klik pada bahagian requst TAC, bagi membuat pengesahan pembayaran. Dan Anda perlu masukkan Nombor TAC yang Anda terima melalui SMS Anda. Lalu Anda masukkan nombor tersebut je. Last sekali Anda perlu klik pada bahagian Submit.
    Cara Kemaskini Maklumat Dalam Akaun MyASNB using Internet Website Portal
  7. So transaksi Anda iaitu melalui JomPAY BSN dah pun berjaya. Bagi Anda yang nak dapatkan Resit Transaksi.
  8. Anda boleh klik pada bahagian Get Receipt, dan Anda bolehlah Download ataupun Print Resit Transaksi ini.
    Cara Kemaskini Maklumat Dalam Akaun MyASNB gunakan Internet Website
Tutorial Lainnya:  Kad ATM BSN Disekat

Jadi kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami unutk artikel kali ini. Sekiranya Anda ingin topup telefon, Anda boleh baca step cara reload topup telefon guna MyBSN.

Soalan Lazim

Dibawah ini adalah senarai soalan lazim mengenai BSN ataupun MyBSN.

1. Apakah BSN punya dia ada kod qr untuk pembayaran, macam Maybank2u?

BSN rasanya tak de kod qr, sebabnya kod qr kena melalui apps myBSN tak de lagi aplikasi dia.

2. BSN boleh tak pakai belanja mana-mana tempat?

Boleh je, kena pakai kad debit ye.

3. Kalau tak letak ref 2 tu takpa ke?

Biasanya ref no 2 tu tak apa tak letak, tapi seeloknya Anda letak la ye.

Leave a Comment