Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Maybank Online

Akaun Tabung Haji adalah akaun simpanan yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam menabung untuk melaksanakan ibadah haji.

Untuk membuka akaun Tabung Haji, Anda perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di kaunter TH atau di laman web TH. Setelah akaun Tabung Haji Anda dapatkan, Anda boleh menabung dengan cara membuat deposit tunai atau melalui pemindahan wang dari akaun bank lain.

Sekiranya Anda mempunyai akaun Maybank, Anda boleh link kan akaun Tabung Haji dengan Maybank.

Berikut adalah langkah-langkah cara link Maybank ke Tabung Haji secara online.

  1. Pertama sekali Anda buka laman website https://www.maybank2u.com.my
  2. Lepas tu masukkan Username anda. Lepas tu anda klik Yes.
  3. Masukkan Kata laluan anda.
  4. Klik pada Profile. Lepas tu anda klik pada Settings.
  5. Klik pada bahagian Accounts.
    Cara Link Akaun Tabung Haji dengan Maybank via Online Website Portal
  6. Kemudian pilih Tabung Haji Accounts.
    Cara Link Akaun Tabung Haji dengan Maybank via Online Website Portal
  7. Klik Link New TH Account.
    Cara Link Akaun Tabung Haji dengan Maybank via Online Website Portal
  8. Masukkan No Akaun Tabung Haji Anda. Klik pada persetujuan Terma & Syarat, klik Confirm.
    Cara Link Akaun Tabung Haji dengan Maybank via Online Website Portal
  9. Semak info terlebih dahulu, kemudian klik Request TAC. Masukkan no TAC 6 digit, klik Confirm.
    Cara Link Akaun Tabung Haji dengan Maybank via Online Website Portal
  10. Pautan akaun TH dengan Maybank telah berjaya.
    Cara Link Akaun Tabung Haji dengan Maybank via Online Website Portal
  11. Anda boleh link TH orang lain dengan hanya klik Link More Accounts. Kemudiam ikuti langkah-langkah seperti sebelum ini.
  12. Klik pada Go to the dashboard.
  13. Anda boleh semak baki semasa TH anda. Untuk buat pemindahan wang (transfer), anda boleh klik secara langsung pada Account Holder.
    Cara Link Akaun Tabung Haji dengan Maybank via Online Website Portal
  14. Terakhir sekali anda klik pada butang Logout.
  15. Selesai.
Tutorial Lainnya:  Cara Mohon Moratorium Public Bank

Kalau Anda nak tingkatkan had debit Maybank, Anda boleh baca artikel ni ye cara tukar limit kad debit Maybank secara online.

Soalan Lazim

Soalan lazim dibawah ni mungkin boleh bantu untuk selesaikan masalah atau jawab pertanyaan Anda.

1. Bolehkah saya membuka akaun Tabung Haji melalui Maybank2u?

Tidak, Anda hanya boleh membuat transaksi Tabung Haji melalui Maybank2u sebaik sahaja Anda membuka akaun TH. Untuk membuka akaun TH baharu, sila layari cawangan/kaunter Tabung Haji.

Tutorial Lainnya:  Cara Tukar Nombor Telefon AmBank Online ATM Kaunter

2. Mengapa saya tidak boleh melihat akaun Tabung Haji saya di Maybank2u?

Anda perlu mendaftar akaun Tabung Haji Anda melalui ATM Maybank terlebih dahulu untuk melihatnya secara online. Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar:

  1. Masukkan kad ATM Anda di ATM Maybank terdekat.
  2. Pilih Tabung Haji.
  3. Pilih Daftar akaun Tabung Haji ke kad ATM.
  4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji Anda kemudian pilih Ya.
  5. Masukkan nombor siri (serial) buku simpanan Tabung Haji Anda dan pilih Ya untuk mengesahkan.
  6. Slip pengesahan akan dihasilkan setelah permintaan Anda diproses dan akaun Anda berjaya dipautkan.

3. Macam mana cara memindahkan wang ke akaun Tabung Haji melalui Maybank2u?

Tutorial Lainnya:  Cara Deposit Wang Bank Rakyat Guna CDM Bank In

Anda boleh memindahkan wang ke akaun Tabung Haji anda dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Pertama sekali sila log masuk ke web Maybank2u anda.
  2. Lepas tu Anda klik Pay & Transfer dan kemudian klik Tabung Haji.
  3. Klik Pindahan Baharu/New Transfer untuk membuat pemindahan wang Anda.
  4. Selesai.

4. Kalau saya menerima mesej error dengan kod 0057. Apakah yang perlu saya lakukan?

Masalah tersebut mungkin disebabkan oleh isu pada penyemak imbas (Browser Firefox, Safari, Google Chrome, Edge) Anda. Berikut ialah langkah yang boleh anda lakukan:

  1. Padamkan sejarah penyemak imbas, cache dan kuki anda.
  2. Cuba buat transaksi sekali lagi.

Jika tidak berjaya, sila hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Luar Negara) untuk bantuan lanjut.

5. Baki akaun Tabung Haji saya yang ditunjukkan di Maybank2u adalah tidak betul. Apa perlu saya buat?

Sila hubungi Tabung Haji melalui THCC: +603 6207 1919 atau https://www.tabunghaji.gov.my

Leave a Comment