Cara Login Agrobank Online

Saya mempunyai akaun AgroBank, macam mana cara login AgroBank online banking? Agronet merupakan perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh Agrobank. Dengan AGROnet, Anda dapat melakukan urusan perbankan secara online pada bila-bila masa dan dimana sahaja sebab AGROnet beroperasi selama 24 jam setiap hari.

AGRONet menyediakan pelbagai ciri seperti semak baki akaun, membayar bil, memindahkan wang, transfer duit, bayar pinjaman, menetapkan had transaksi Anda dan banyak lagi.

Tutorial Lainnya:  Kod Rahsia Asus

Anda mesti daftar terlebih dahulu jika ingin cuba perkhidmatan AGRONet, selepas itu login ke akaun Anda dengan ikuti panduan sebagai berikut.

Cara Login Agrobank Online

Ikuti langkah-langkah cara log masuk Agrobank online di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi Agrobank https://www.agronet.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username Login Agrobank
  3. Tick Yes, this is my Security Image untuk sahkah security image Anda. Password Agrobank
  4. Masukkan Password akaun Anda.
  5. Klik Submit.
  6. Anda berjaya login ke akaun Anda, kini Anda dapat melakukan pelbagai transaksi.
  7. Selesai.

Macam mana cara daftar AgroBank online banking? Anda boleh ikuti panduan cara daftar AgroBank online banking AGRONet yang telah kami kongsikan.

Tutorial Lainnya:  Syarat Mohon Kad Kredit BSN

FAQ Agrobank

Beberapa soalan lazim mengenai Agrobank:

1. Apa itu Soalan Keselamatan?

Soalan Keselamatan merupakan ciri keselamatan tambahan yang akan digunakan ketika pelanggan melakukan pelbagai transaksi melalui AGRONet bagi tujuan pengesahan transaksi.

2. Berapa kos yang dikenakan bagi Agrobank?

Tiada kos dikenakan dan tiada yuran bulanan/tahunan. Anda hanya dikenakan yuran caj transaksi berdasarkan transaksi tertentu. Menguruskan wang Anda melalui internet banking lebih murah berbanding melalui manual atau transaksi di cawangan. Ia juga lebih cepat dan mudah.

3. Apa itu DuitNow?

DuitNow merupakan perkhidmatan pemindahan dana online nyata baru di mana Anda boleh memindahkan dana ke penerima dengan menggunakan Proksi/Nombor Akaun atau Pengecam(ID) yang disebut DuitNow ID. Dengan DuitNow, Anda akan menikmati perkhidmatan 24/7 yang mudah digunakan sambil mengekalkan tahap tinggi keselamatan.

Tutorial Lainnya:  Cara Transfer Duit Dari Akaun Qard BE U ke Bank Lain

4. Siapa Sahaja yang layak memohon Pemegang Akaun Agrobank?

Yang layak memohon iaitu Semua Pemegang Akaun Simpanan Agrobank.

5. Adakah selamat untuk menjawab soalan keselamatan menggunakan talian awam?

Pelanggan tidak digalakkan menjawab soalan keselamatan menggunakan talian awam.

Diharapkan maklumat mengenai cara login AGRONet internet banking yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Agrobank Anda boleh hubungi 1 300 88 2476 (local) atau +603 2079 0600 (INTL).

Leave a Comment