Cara Mohon Moratorium Public Bank

Macam mana cara mohon moratorium Public Bank? Sebagai salah satu bank terbaik di Malaysia, Public Bank komited membantu pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), individu, perusahaan mikro dan individu yang berdepan kesulitan kewangan dalam tempoh pandemik COVID-19 menerusi tawaran moratorium selama 6 bulan.

Tutorial Lainnya:  Cara Padam & Pindah Akaun Tanggungan MySejahtera

Tawaran moratorium selama 6 bulan kepada pelanggan individu tidak mengira tahap pendapatan, sejajar dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Sila ikuti panduan cara mohon moratorium Public Bank di bawah.

1. Bantuan Moratorium Public Bank

Public Bank menyediakan 2 pilihan Moratorium yang boleh Anda pilih:

  • Pilihan 1: Penangguhan ansuran pinjaman (Moratorium) selama 6 bulan
  • Pilihan 2: Pengurangan ansuran pinjaman sebanyak 50% selama 6 bulan

2. Kelayakan Pemohon Public Bank

Kelayakan pemohon Moratorium Public Bank:

  1. Semua pelanggan individu
  2. Perusahaan Mikro&PKS
  3. Tunggakan kurang dari 90 hari
  4. Pelanggan dibawah pembayaran balik bersasar sedia ada

3. Cara Mohon Moratorium Public Bank

Langkah-langkah cara mohon Moratorium Public Bank online:

  1. Lawati pautan rasmi Public Bank https://www.pbebank.com
  2. Kemudian CLICK HERE pada PEMULIH yang Anda inginkan.
  3. Pilih Jenis Akaun Anda.
  4. Masukkan No Kad Pengenalan/No Pasport Anda.
  5. Masukkan Nombor Akaun Anda.
  6. Klik Submit.
  7. Masukkan Kod OTP yang dihantarkan ke nombor Handphone Anda yang berdaftar.
  8. Seterusnya, Borang Pengesahan akan dipaparkan.
  9. Pastikan Anda mengisi Email yang sah.
  10. Lengkapkan Borang Permohonan.
  11. Klik Submit.
Tutorial Lainnya:  Cara Bayar Bil Kad Kredit BSN Secara Online MyBSN

Keputusan akan di hantar ke alamat e-mel pelanggan seperti yang di isi di borang permohonan.

4. Pengesahan Moratorium Public Bank

Di bawah ini merupakan jadual pengesahan Moratorium Public Bank:

  1. Dalam 5 hari kalendar bagi individu dan Perusahaan Mikro
  2. 14 hari kalendar untuk PKS

5. FAQ Moratorium Public Bank

Berikut ini beberapa soalan lazim mengenai Moratorium Public Bank

Tutorial Lainnya:  Cara Tukar Had Transaksi Bank Rakyat Secara Online

1. Adakah yang berlaku jika akaun saya tertunggah (lampau tempoh<90 hari) pada wakti permohonan PEMULIH ETRA?

Sehingga 3 tunggakan ansuran bulanan akan dipermodalkan dalam Pokok/Disifarkan yang akan menjadi sebahagian daripada amaun lampau tempoh pinjaman/pembiayaan dengan lanjutan seterusnya tempoh pinjaman/pembiayaan.

2. Jika saya tidak layak untuk TRA/Lanjutan TRA, adakah pilihan yang boleh membantu saya?

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memberi perkhidmatan percuma mengenai pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang.

3. Bolehkah saya membatalkan PEMULIH ETRA ini selepas diluluskan?

Ya. Anda boleh menulis atau menghantar e-mel kepada cawangan pemegang akaun atau Pusat Kawalan Kredit untuk membatalkan pengaturan PEMULIH ETRA ini.

Leave a Comment