Cara Reload Topup Telefon Guna BSN Online MyBSN

Sekarang ini hampir semua bank di Malaysia menyediakan perkhidmatan perbankan internet atau app mobile banking yang boleh diakses dengan mudah melalui telefon bimbit.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai perkhidmatan dan kemudahan daripada bank di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Contohnya, internet banking BSN yang sehingga kini melayani segala jenis transaksi dengan cepat dan mudah.

Walaupun Anda sibuk atau menghabiskan masa bercuti, Anda masih boleh menggunakan perkhidmatan perbankan BSN online. Bukan sahaja pemindahan wang dan bayar bil, Anda juga boleh topup telefon secara online melalui perbankan internet BSN.

Artikel kami kali ini adalah cara untuk reload topup menggunakan MyBSN. So kepada Anda yang nak menggunakan MyBSN untuk reload topup Anda boleh follow step dalam artikel ni.

Cara Reload Topup Telefon Guna BSN Online

So sekiranya Anda nak reload topup telefon guna BSN online, berikut tutorialnya dibawah ini:

  1. Oke, untuk langkah yang pertama Anda perlu ke browser dan buat carian MyBSN https://www.mybsn.com.my
  2. Lepas tu Anda masukkan Username untuk MyBSN Anda. Lalu Anda masukkan Password, lepas tu Anda klik Login.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN via Online Banking
  3. Pada paparan utama MyBSN ni untuk kita beli ataupun Reload  Topup Anda, Anda perlu klik pada bahagian Prepaid Reload.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN via Online Banking Portal
  4. Pada bahagian Prepaid Reload ni, ada dua pilihan sama ada reload berdasarkan Nombor PIN ataupun tanpa Nombor PIN, Anda bebas untuk pilih kaedah mana yang bersesuaian dengan Anda.
  5. Untuk pilihan yang pertama iaitu PIN Based Reload, kepada mereka yang suka Reload Topup menggunakan PIN Number, Anda sangat sesuai menggunakan kaedah ini.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN via Online
  6. Oke dekat bahagian ini Anda pilih jenis Prepaid Mobile Reload. Kemudian pada bahagian Service Provider ini Anda perlu klik pada Service Provider yang Anda gunakan, ada Celcom, Digi, Redone Mobile, Maxis, TM dan sebagainya.
  7. Tutorial kali ini kami menggunakan Celcom, lalu klik pada Celcom. Lepas tu Anda klik pada Value ataupun nilai ni, Anda boleh pilih nilai yang Anda nak topup.
  8. Kalo Anda nak topup RM10 Anda boleh klik pada Celcom At 1o (OS), dan kalo Anda nak topup yang lain Anda boleh mengikut nilai yang Anda nak topup.
  9. Oke, lepas dah siap dekat bahagian From Account ni Anda boleh klik pada akaun BSN Anda. Lepas tu Anda boleh klik bahagian Submit.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN via Banking Portal
  10. Dan Anda klik Request TAC, Nombor TAC, seperti biasa dihantar ke sms Anda, so Anda semak SMS. Lalu Anda masukkan Nombor TAC tersebut, dan bila dah siap Anda klik Submit.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN via Internet Banking
  11. So akan keluar Transaction Status Successful, maksudnya Anda berjaya reload topup Anda tapi ini adalah Pin Reload.
  12. Nombor Pin Reload adalah yang ini.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN via Banking Portal Website
  13. Anda pun dah boleh membuat reload topup Anda.
Tutorial Lainnya:  Cara Share Kredit Celcom Ke Celcom Mudah Dalam 1 Minit

Cara Reload Telefon Melalui BSN Fungsi Pinless Reload

Sekiranya Anda tak nak perlukan No PIN, Anda boleh topup telefon Anda secara direct masuk ke telefon Anda guna Pinless Reload.

  1. Oke untuk kaedah kedua pula, iaitu Pinless Reload untuk kaedah ni kita tidak perlukan No Pin, dia direct masuk ke telefon Anda.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN guna Banking Portal Website
  2. Dekat bahagian sini Anda perlu klik pada Service Provider, pilih Celcom, ataupun digi ataupun apa-apa Service Provider yang Anda gunakan.
  3. Lepas tu Anda pilih jumlah ataupun nilai reload yang Anda nak, dan pada bahagian To Account ni, Anda perlu klik New Mobile Number.
  4. Lepas tu Anda masukkan Nombor Telefon Anda.
  5. Kemudian dibahagian From Account ni seperti biasa klik pada Nombor Akaun Anda. Lepas dah siap Anda klik Submit.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN guna Banking Portal
  6. Seterusnya Anda perlu klik Request TAC, dan masukkan Nombor TAC yang Anda terima. Lepas tu Anda klik Submit.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN guna Internet Banking
  7. So, Anda dah pun berjaya reload topup Anda melalui kaedah Pinless Reload.
    Cara Reload Topup Telefon Guna BSN guna Internet Website
Tutorial Lainnya:  Syarat Mohon Kad Kredit AgroBank

Jadi kami rasa itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga artikel ini dapat membantu Anda.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah senarai pertanyaan dan jawapan yang boleh membantu Anda.

1. Kalau tak sempat ambil no PIN tu sebab tertekan keluar dari page tu, boleh dapat balik tak no pin tu?

Tutorial Lainnya:  Cara Disable Fungsi Secure2u Maybank Maybank2u

Anda cuba semak dekat sejarah transaksi mybsn ye. Sila baca artikel cara check MyBSN transaction history.

2. Kenapa kad aku punya tak da part prepaid eh? Aku punya saving account hingga E-statement ja asal eh tak ada prepaid?

Anda kena call customer service BSN ya.

3. Dia minimum topup RM10 eh kak? kalau RM5 memang tak boleh eh?

Iya betul, minimum kalau tak silap kami RM10.

4. Kalau untuk SMS banking nak beli PIN macam mana ya?

Anda boleh ikut yang ini ya:

  • Pembelian Top-Up : TOPUP <> mpin <> kod.topup <> (no. penerima)
  • Senarai Kod Top-Up : LIST<>TOPUP<>NILAI

5. Kalau Maxis memang takde ke reload nya?

Ada, Anda pilih pinless reload ye.

6. Kenapa kat aku punya tidak ada part prepaid eh?

Anda kena call customer service ye.

Leave a Comment