Cara Transfer Duit Bank Muamalat ke Bank Lain Online

i-Muamalat disediakan oleh Bank Muamalat Malaysia untuk memudahkan pelanggan membantu uruskan kewangan secara online, macam membeli-belah dalam talian sehinggalah membayar bil, semuanya boleh dilakukan secara online melalui i-Muamalat.

Mungkin ada di antara Anda yang masih belum tahu cara nak transfer duit sama ada ke akaun Muamalat atau ke akaun bank lain menggunakan i-Muamalat. Untuk buat pemindahan ataupun transfer duit melalui Bank Muamalat online (i-Muamalat) Anda kena daftar dan aktifkan akaun i-Muamalat.

Bagi Anda yang dah mempunyai akaun i-Muamalat, Anda boleh ikut langkah cara transfer dari Bank Muamalat ke bank lain secara online menggunakan perbankan internet i-Muamalat.

Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain

Tutorial kali ini mengenai cara transfer Bank Muamalat ke akaun Maybank secara online.

  1. Pertama sekali Anda taip sahaja I-Muamalat pada carian google Anda atau boleh buka link https://www.i-muamalat.com.my
  2. Masukkan Username, klik Next.
    Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain via Online Banking
  3. Pilihan Gambar, lepas tu Anda klik Yes.
  4. Masukkan Password, lalu Anda klik Login.
    Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain via Online Banking
  5. Klik pada fungsian Transfer, lepas tu Anda Fund Transfer, lalu Anda klik Instant Transfer.
    Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain via Online Banking
  6. Pilih akaun Anda. Dekat bahagian Transfer, Anda pilih Non-Favourite dan kemudian Anda masukkan Nombor Akaun Penerima.
  7. Pada Payment Details, Anda pilih bank penerima Anda.
  8. Lepas tu Anda masukkan jumlah Transfer.
  9. Kemudian pilih Jenis Pemindahan, Funds Transfer, dan Anda Masukkan Nama, dan tarikh ataupun lain-lain sebagai rujukan Anda.
  10. Pilih jenis pemindahan: Immediate Transaction (Transaksi Serta Merta) atau Recurring Transaction (Transaksi Secara Berulang).
    Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain via Banking Online
  11. Seterusnya, pada Terma & Syarat lalu Anda klik butang Submit.
    Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain via Banking Portal Online
  12. Masukkan TAC yang dihantar ke nombor yang Berdaftar, lepas tu Anda klik Confirm.
    Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain via Online Portal Banking
  13. Transaksi berjaya, lepas tu Anda scroll kebawah lalu klik pada butang Print.
    Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain via Portal Online Banking
  14. Kemudian Anda klik butang Print.
    Cara Transfer dari Bank Muamalat ke Bank Lain via Portal Banking Online
  15. Lepas tu Anda klik Cetak Transaksi.
  16. Selesai.
Tutorial Lainnya:  Cara Padam Akaun Google

Dah berjaya buat pemindahan tapi terlupa cetak resit transaksi untuk bukti kepada penerima? Tak perlu risau, sila ikuti step cara cetak semula resit transaksi Bank Muamalat.

Tips Pemindahan Online Bank Muamalat

Berikut adalah beberapa petua yang dapat Anda ikuti agar tidak tersalah memindahkan wang:

1. Pastikan Anda memasukkan nombor akaun yang betul

Tutorial Lainnya:  Cara Renew Passport Malaysia Online

Periksa nombor akaun yang Anda masukkan dengan teliti sebelum memindahkan wang. Jangan tergesa-gesa dan pastikan bahawa nombor akaun yang Anda masukkan adalah nombor akaun yang betul.

2. Gunakan nama penuh penerima

Jika Anda memindahkan wang kepada seseorang yang tidak Anda kenali dengan baik, pastikan untuk menggunakan nama penuh penerima untuk mengelakkan kekeliruan.

Tutorial Lainnya:  Cara Buka Akaun Bank Islam Online Guna App BE U

3. Gunakan aplikasi perbankan rasmi Bank Muamalat

Pastikan untuk menggunakan aplikasi perbankan atau platform kewangan i-Muamalat yang terpercaya dan selamat untuk melakukan transaksi kewangan.

4. Periksa semula sebelum mengklik Submit

Sebelum mengklik tombol Hantar, pastikan untuk memeriksa semula butiran yang Anda masukkan, termasuk nombor akaun, jumlah yang akan ditransfer, dan nama penerima.

5. Beri perhatian kepada mesej ralat

Jika terdapat mesej ralat atau amaran yang muncul sebelum atau semasa proses pemindahan wang, pastikan untuk membaca dan memahami mesej tersebut dengan teliti. Mesej ralat seringkali muncul untuk memberi amaran tentang kekeliruan atau masalah yang mungkin terjadi.

Leave a Comment