Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain Secara Online

Anda boleh menggunakan CIMB Clicks untuk memindahkan duit ke bank lain. CIMB Clicks ialah sistem perbankan online yang disediakan oleh CIMB Bank yang membolehkan Anda membuat pelbagai transaksi perbankan, termasuk transfer duit ke bank lain.

Perkongsian kami kali adalah cara transfer duit dari akaun CIMB ke akaun bank lain dengan menggunakan website CIMB click. So kepada Anda yang ingin membuat pemindahan wang daripada akaun CIMB Anda boleh follow step yang kami tunjukkan dalam artikel ini.

Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain Online

Untuk dapat transfer duit ke bank lain melalui CIMB Clicks, Anda perlu terlebih dahulu memastikan bahawa Anda telah berdaftar dengan CIMB Clicks.

Jadi bagi Anda yang nak transfer duit CIMB ke bank lain online yang akan kami tunjukkan dalam artikel ini. So jom kita kebahagian tutorial.

  1. Untuk permulaan Anda perlu ke website rasmi CIMB https://www.cimbclicks.com.my
  2. Kemudian Anda perlu login ke bahagian Akaun CIMB Anda.
  3. Sila masukkan User ID CIMB Clicks Anda. Kemudian Anda perlu klik Login.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain via Online Banking
  4. Lepas tu Anda perlu pastikan Secure Word yang dipaparkan adalah betul. Dan sekiranya ia memang betul Anda perlu klik pada kotak tersebut.
  5. Next Anda perlu masukkan Kata Laluan, ataupun Password untuk CIMB Clicks Anda. Dan bila dah siap Anda perlu klik Login.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain via Online
  6. So pada paparan utama ni, bagi yang ingin membuat pemindahan wang ataupun transfer duit, Anda perlu tekan pada bahagian Pay & Transfer, lepas tu Anda perlu klik pada Duitnow/Transfer Money.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain via Online Website
  7. Dekat sini dah pun dinyatakan bahwasannya instant transfer dikenali sebagai DuitNow. So bagi yang nak membuat pemindahan segera, Anda perlu menggunakan DuitNow.
  8. Step seterusnya, yang mana pada bahagian to ini Anda perlu masukkan Nombor Akaun Penerima, kemudian untuk yang ini Anda perlu klik Proceed.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain via Online Portal
  9. Lepas tu Anda perlu pilih jenis pindahan, yang mana dekat sini Anda perlu pilih To Other Bank atau e-Wallet.
  10. Seterusnya Anda perlu pilih bank yang Anda nak transfer, contoh macam kami nak transfer ke Maybank. Jadi kami akan klik pada bahagian Maybank.
  11. Oke, untuk langkah yang seterusnya Anda perlu pilih kaedah Pindahan, untuk kaedah pindahan ni dia ada dua iaitu Paynow to Account dan juga Normal Transfer.
  12. Bagi yang nak membuat pemindahan segera sila klik pada bahagian Duitnow to Account oke ini untuk pemindahan segera ataupun Instant Transfer.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain guna Online Banking
  13. Untuk normal transfer ni dia ambil masa sikit dan biasanya dia mengikut jadwal yang telah pun ditetapkan oleh pihak bank.
  14. Lepas Anda dah pilih kaedah pemindahan, dekat sini Anda perlu pilih jenis pembayaran. Anda perlu pilih funds transfer sekiranya Anda nak membuat pemindahan ke akaun simpanan ataupun akaun semasa.
  15. Bagi yang ingin transfer ke akaun kredit, Anda perlu klik pada bahagian kad kredit.
  16. Bagi yang ingin membuat pemindahan ke akaun pinjaman, sama ada pinjaman rumah ataupun pinjaman kereta, Anda perlu klik pada bahagian Loans.
  17. Lepas Anda dah siap pilih, Anda perlu masukkan jumlah wang yang Anda nak transfer.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain guna Online Portal
  18. Kalau Anda nak membuat pembayaran untuk tarikh-tarikh tertentu, Anda perlu setkan tarikh pembayaran.
  19. Untuk bahagian seterusnya iaitu bahagian transaction instruction ni, Anda perlu masukkan rujukan transaksi Anda.
  20. Contoh macam kami adalah untuk modal topup, jadi dekat sini kami taip modal topup.
  21. Lepas tu kalo Anda nak notify penerima, Anda perlu tanda pada bahagian via SMS or via email, seterusnya Anda perlu masukkan Nombor Telefon dan Alamat Email Anda
  22. Kalo macam kami, kami tak nak notify penerima kami, sebab nanti kami akan send kan resit.
  23. So untuk bahagian sini saya abaikan sahaja.
  24. Lepas Anda dah siap isi semua maklumat lalu Anda klik pada Transfer Money.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain guna Online Banking Portal
  25. Lepas tu Adna akan dibawa ke bahagian Transfer Money Confirmation.
  26. Dekat sini lah Anda perlu semak maklumat Anda yang di isi tadi, sila pastikan nama penerima adalah betul.
  27. Sebabnya bila nama penerima adalah betul, ini bermaksud nombor akaun yang Anda masukkan tadi adalah betul.
  28. Bila Anda dah siap semak, Anda perlu skrol sampai Anda jumpa pada bahagian Request TAC.
  29. So Anda klik pada Request TAC, dan Anda perlu masukkan Nombor TAC.
  30. Nombor TAC ni akan dihantar ke SMS Anda, so Anda semak SMS dan masukkan Nombor TAC tersebut. Bila dah siap Anda perlu klik Confirm.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain gunakan Online Banking
  31. So status transaction adalah Successful. Ini bermaksud transaksi Anda tadi dahpun berjaya.
    Cara Transfer Duit CIMB ke Bank Lain gunakan Online Banking Portal
  32. Oke bagi Anda yang nak simpan resit ataupun nak print resit, Anda perlu klik pada bahagian Print, dan inilah resit dia Anda boleh print ataupun screenshot resit ini.
Tutorial Lainnya:  Cara Topup Kredit Digi Melalui MAE by Maybank2u

Kalau Anda nak tukar kad debit CIMB melalui online sebab tamat tempoh atau expired, Anda boleh follow artikel cara tukar kad CIMB secara online.

Kelebihan Transfer Duit Guna CIMB Clicks

Berikut kelebihan transfer duit menggunakan CIMB Clicks:

  1. Anda boleh transfer duit ke akaun bank lain dengan hanya beberapa klik sahaka melalui akaun CIMB Clicks Anda.
  2. CIMB Clicks menggunakan teknologi keselamatan terkini untuk memastikan akaun Anda selamat dan transaksi yang Anda buat.
  3. Anda boleh transfer duit ke akaun bank lain pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, selagi Anda mempunyai akses ke internet dan baki akaun.
  4. CIMB Clicks menawarkan banyak pilihan bank yang boleh Anda pilih untuk transfer duit.
  5. Terdapat bayaran/caj yang dikenakan untuk setiap transaksi pemindahan duit ke akaun bank lain melalui CIMB Clicks, tetapi yuran ini biasanya lebih rendah daripada pemindahan duit terus di kaunter.
  6. Anda boleh semak status transaksi pemindahan duit Anda melalui CIMB Clicks Anda. Untuk memudahkan Anda untuk memastikan bahawa duit telah berjaya dipindahkan ke akaun penerima.
Tutorial Lainnya:  Cara Transfer Duit Maybank Ke Bank Lain Maybank2u

Soalan Lazim

Berikut adalaha beberarapa soalan dan jawapan mengenai CIMB bank.

1. Kalau kita tersilap buat normal transfer ibg, boleh ke cancel dan buat semula transfer segera?

Tak boleh cancel ya, kena tunggu duit tu dimasukkan ke akaun penerima.

2. Kalau tac tu tak keluar nak buat macam mane?

Biasanya ada masalah dengan sistem SMS bank, coba buat semula ye.

Tutorial Lainnya:  Cara Aktifkan 4G Maxis

3. Kalau kirim duit ke bank Indonesia macam mana?

Maaf ye, kami tak pasti juga untuk CIMB. Kami rasa elok Anda call centre CIMB ye.

Leave a Comment