Cara Transfer Duit Ke Maybank Guna App GO Bank Islam

Seperti yang Anda ketahui sekaran ni semua orang menggunakan perkhidmatan perbankan untuk membuat transaksi. Ini kerana pihak bank menyediakan pelbagai kemudahan yang membantu pelanggan dalam melakukan transaksi.

Bank Islam merupakan salah satu bank terbaik di Malaysia yang sudah mempunyai banyak pelanggan terutamanya produk simpanan dan pinjaman. Selain itu, Bank Islam juga telah menyediakan perkhidmatan seperti kad ATM, aplikasi GO by Bank Islam dan internet banking Bank Islam online.

Perkongsian kami untuk kali ini adalah cara untuk transfer duit melalui aplikasi GO Bank Islam, jadi kepada Anda yang nak membuat pemindahan wang menggunakan aplikasi GO Bank Islam ni, Anda boleh membaca artikel ini dan Anda boleh ikut step yang akan kami tunjukkan dalam artikel ni.

Apa Itu Aplikasi GO by Bank Islam

GO by Bank Islam merupakan aplikasi mobile banking yang ditawarkan oleh Bank Islam yang membolehkan Anda mengakses akaun Bank Islam dan melaksanakan perkhidmatan tertentu dengan cepat dan selamat melalui handphone Anda 24 jam sehari.

Tutorial Lainnya:  Cara Guna JomPAY BSN Online MyBSN Biller Code

Ciri-ciri asas seperti pindahan dana dan pembayaran bil, kemudahan GO by Bank Islam telah ditambah baik untuk turut menyokong urusan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) dam kemudahan DuitNow dan JomPAY.

Cara Transfer Duit Maybank Guna Aplikasi GO Bank Islam

Sebelum Anda membuat pemindahan ke bank lain, Anda mesti instal dan aktifkan aplikasi GO Bank Islam terlebih dahulu.

Berikut ini cara nak transfer duit guna aplikasi GO Bank Islam ke Maybank, semak caranya dibawah ini:

  1. Untuk permulaan sudah pastinya Anda kena Install Aplikasi Go Bank Islam ni dekat telefon Anda.
    Cara Transfer Duit Guna App GO Bank Islam
  2. Dan bila Anda dah Install Aplikasi tersebut, Anda perlulah Login akaun bankislam.biz Anda.
  3. Sila pastikan Username yang dipaparkan dekat aplikasi adalah Username Anda. Lepas tu Anda barulah masukkan Password dan Anda klik Login.
    Cara Transfer Duit Guna Apps GO Bank Islam
  4. Untuk membuat transaksi Transfer Duit, Anda perlu klik pada menu Transfer.
    Cara Transfer Duit Guna Application GO Bank Islam
  5. Sekiranya Anda nak transfer daripada akaun Bank Islam Anda kepada akaun bank islam orang lain Anda perlu menggunakan Own/Other Account (BIMB/IBG).
  6. Sekiranya Anda nak transfer ke akaun bank lain Anda sebenarnya boleh menggunakan Own/Other Account (BIMB/IBG) tapi proses dia agak lambat sebab dia ikut jadual yang ditetapkan oleh pihak bank.
  7. So kalau Anda nak membuat pemindahan segera, Anda perlu menggunakan Other Account (Instant Transfer).
  8. Bila Anda guna Other Account (Instant Transfer) buat transfer duit tu, secara automatik duit yang Anda transfer tadi akan masuk ke akaun penerima. Jadi bila Anda klik Other Account (Instant Transfer).
    Cara Transfer Duit via App GO Bank Islam
  9. Seterusnya Anda perlu klik dekat bahagian New Transfer.
    Cara Transfer Duit via App GO Bank Islam
  10. Dan untuk yang ni, sila pilih Account Number. Sebab kalau Anda pilih yang lain, dia akan mempunyai masalah biasanya.
    Cara Transfer Duit via Apps GO Bank Islam
  11. So untuk mengelakkan masalah semasa Anda memindahkan wang, Anda dinasihatkan untuk menggunakan Account Number. Seterusnya Anda perlu pilih bank yang Anda nak transfer, contohnya bila Anda nak transfer ke Maybank sila pilih Maybank.
    Cara Transfer Duit via Apps GO Bank Islam
  12. Lalu Anda masukkan jumlah wang yang Anda nak transfer. Lepas tu Anda perlu pilih pula jenis Transfer, sila pastikan Anda memilih jenis yang betul.
  13. Langkah yang seterusnya Anda perlu masukkan Nombor Akaun Penerima.
  14. Lepas Anda masukkan Nombor Penerima, Anda perlu masukkan pula Nombor Rujukan Penerima, untuk rujukan ni Anda bebas untuk isi apa apa sahaja.
    Cara Transfer Duit Gunakan Application GO Bank Islam
  15. So lepas Anda dah isi kesemua butiran yang diperlukan, Anda perlu klik pada bahagian kotak persetujuan Terma dan Syarat, lepas tu Anda klik Continue.
    Cara Transfer Duit Gunakan Application GO Bank Islam
  16. So sekarang Anda perlu semak maklumat yang dipaparkan, kesemua maklumat yang dipaparkan tu adalah betul, terutama sekali pada bahagian penerima dan juga nombor akaun.
  17. Sekiranya maklumat itu dah betul, Anda perlu klik dekat bahagian Transfer Now. Lepas tu Anda perlu klik dekat bahagian Approve.
    Cara Transfer Duit Using App GO Bank Islam
  18. So Anda dah pun selesai transfer duit menggunakan aplikasi GO Bank Islam. Dan untuk resit transaksi ni Anda perlu tekan pada bahagian Share, nanti resit transaksi ni akan dipaparkan.
    Cara Transfer Duit Using Application GO Bank Islam
Tutorial Lainnya:  Semak Bil Digi Tertunggak

Proses transfer duit ke akaun bank lain melalui bankislam.biz biasanya mengambil masa kurang dari 5 mini untuk diselesaikan. Setelah Anda mengesahkan transaksi transfer duit di bankislam.biz, jumlah yang Anda transfer akan dikreditkan ke akaun penerima.

Sekiranya Anda masih belum menerima sebarang pengesahan pembayaran transfer duit Anda setelah 24 jam dari tarikh pembayaran, Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Tutorial Lainnya:  Cara Transfer Duit Dari Agrobank ke Bank Lain Online

Itulah tutorial tentang cara transfer duit guna aplikasi GO Bank Islam yang boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.

Leave a Comment