Cara Tukar Limit Transaksi CIMB Clicks Ubah Had

Limit transaksi CIMB Clicks ialah jumlah maksimum duit yang boleh Anda gunakan dalam tempoh masa tertentu, biasanya satu hari.

Had transaksi ini ditetapkan untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kehilangan duit. Jika Anda cuba membuat transaksi melebihi had transaksi yang ditentukan, transaksi akan ditolak atau dibatalkan.

Untuk tutorial kali ini kami akan tunjukkan cara untuk Anda tukarkan had ataupun limit transaksi untuk CIMB Clicks. Untuk maklumat, pertukaran had ataupun limit transaksi hanya boleh dilakukan melalui website CIMB Clicks sahaja.

Cara Tukar Limit Transaksi CIMB Clicks

Sekiranya Anda ingin menggunakan piranti Anda iaitu sama ada telefon ataupun tablet Anda, sila pastikan Anda telah menukarkannya kepada desktop view terlebih dahulu.

Tutorial Lainnya:  Cara Daftar Ambank Online Banking First Time User

Lepas tu Anda dah boleh follow step yang kami tunjukkan dalam artikel ini.

  1. Untuk permulaan Anda layari Website CIMB Clicks
  2. Kemudian Anda perlu Login Akaun CIMB Clicks Anda.
    Cara Tukar Limit Transaksi CIMB Clicks
  3. Lepas Anda dah siap Login Akaun CIMB Clicks Anda.
  4. Dekat paparan utama ni, dekat sebelah kiri Anda perlu klik pada pautan Services.
  5. Lepas tu Anda skroll lah sampe Anda jumpa bahagian Limit & Alerts.
  6. Lepas Anda dah jumpah bahagian ni, Anda perlu klik pada bahagian clicks Transaction Limit.
    Cara Tukar Limit Transaksi CIMB Clicks via Online Banking
  7. Lalu Anda bolehlah masukkan had ataupun limit baru untuk transaksi Anda, Anda boleh pilih jumlah limit yang Anda nak pada bahagian Limit.
  8. Sila sahkan had atau limit transaksi untuk kesemua transaksi-transaksi yang lain.
  9. Anda boleh setkan limit transaksi untuk Duitnow QR, CIMB Akaun, GoPayment, dan banyak lagi transaksi-transaksi yang Anda boleh ubah.
  10. Oke Anda ubah je kesemuanya ataupun kalau Anda nak tampil beberapa transaksi sahaja, Anda boleh je Anda boleh ubah transaksi yang Anda nak.
  11. Lepas Anda dah siap ubah had ataupun limit transaksi yang Anda nak.
    Cara Tukar Limit Transaksi CIMB Clicks via Online Banking Portal
  12. Seterusnya Anda perlu klik pada bahagian Request TAC untuk Anda dapatkan Pengesahan TAC. Secara automatik Anda akan menerima SMS yang mengandungi Nombor TAC.
  13. Sila masukkan Nombor TAC yang Anda terima tadi, lepas tu Anda perlu klik pada bahagian Update.
    Cara Tukar Limit Transaksi CIMB Clicks via Online Banking Website
  14. Bila dah keluar paparan macam ni, Anda dah pun berjaya tukarkan had ataupun limit transaksi untuk akaun CIMB clicks Anda.
    Cara Tukar Limit Transaksi CIMB Clicks guna Online Banking
Tutorial Lainnya:  Cara Keluarkan Duit MAE Maybank Guna QR Code

So kami rasa itu sahaja untuk perkongsian kami kali ini, semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan berguna kepada Anda. Baca juga step cara transfer duit CIMB ke bank lain guna CIMB Clicks.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah beberapa pertanyaan dan jawapan mengenai had transaksi CIMB.

1. Kalau buat dekat apps tak boleh ke?

Tutorial Lainnya:  Syarat Mohon Kad Kredit AgroBank

Tak boleh, Anda kena melaui website ye.

2. Kenapa saya punya limit RM300 je?

Anda boleh tukar had limit seperti yang kami terangkan dalam artikel nie ye.

3. Tak dapat TAC pun, apa perlu buat?

Anda coba buat semula ye, maybe sistem bermasalah tu.

4. Macam saya bawah umur tapi tak boleh bayar guna bank sebab apa ye?

Yang tu kami tak pasti, Anda cuba call customer service CIMB sahaja.

Leave a Comment