Cara Tukar Password CIMB Clicks

Pada masa ini keselamatan memang merupakan perkara yang paling penting, jadi tidak menghairankan bahawa kini pengguna perbankan internet, kad ATM dari mana-mana bank, tentu saja, mesti menggunakan kata laluan atau kod PIN.

Kedua-dua PIN ATM dan password internet banking kini banyak digunakan oleh pelanggan bank seperti CIMB, Agrobank, Public Bank, BSN dan bank lain yang beroperasi di Malaysia.

Biasanya bank akan menasihatkan Anda untuk menukar kata laluan internet banking Anda setiap 1 bulan atau 2 bulan secara berkala.

Menukar password internet banking biasanya dilakukan kerana pengguna lupa kata laluan atau sengaja ingin tukar kerana sesuatu yang lain.

Tutorial Lainnya:  Semakan Pemilik Kenderaan Online

Khusus untuk Anda pengguna internet banking CIMB Click kami akan kongsi cara tukar password CIMB Clicks terkini yang boleh Anda cuba dan pasti berjaya.

Cara Tukar Password CIMB Clicks

Syarat Tukar Password CIMB Clicks

Perlu diketahui bahawa password CIMB Clicks yang baru mestilah kuat dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Terdapat sekurang-kurangnya satu special character (contoh *, ^, %, #, $, @)
  • Password mestilah mempunyai 8 hingga 20 characters
  • Password mestilah berbeza daripada ID dan secure word Anda.
  • Terdapat kombinasi huruf besar alphabet (contoh C, D, E), huruf kecil alphabets (contoh c, d, e), nombor (contoh 4, 5, 6).
  • Tidak boleh mempunyai tiga nombor atau characters yang berturutan (contoh def, 123, 456, xyz, abc)
Tutorial Lainnya:  Cara Semak Baki Kuota Internet Maxis

Cara Tukar Password CIMB Clicks

Sila buka laman rasmi web CIMB Clicks, seterusnya sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila login ke akaun CIMB Clicks
  2. Klik gambar GearTukar Password CIMB Clicks
  3. Pilih Change Password
  4. Masukkan ID CIMB Clicks Anda, Password lama dan password baru Anda, klik butang SaveTukar Kata Laluan CIMB Clicks
  5. Tekan butang Request TAC untuk mendapatkan kod keselamatan
  6. Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor telefon Anda, lalu masukan
  7. Klik Confirm

Tahniah, Anda berjaya tukar password CIMB Clikcs.

Sila salin password baru CIMB Clicks Anda supaya Anda tidak terlupa.

Untuk memastikan password baru yang telah Anda cipta boleh digunakan, sila untuk login ke akaun CIMB Clicks Anda.

Baca juga : cara tukar nombor telefon CIMB Clicks

Tutorial Lainnya:  Syarat Mohon Kad Kredit Maybank

Terlupa Password CIMB Clicks

Untuk makluman, cara reset password CIMB Clikcs ini juga boleh digunakan untuk membuat password baru.

Dan sekiranya Anda terlupa password CIMB Clicks Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka laman CIMB Clicks
  2. Klik forgot user ID or Password
  3. Sila pilih cara dahulu Anda mendaftar, jika Anda mendaftar menggunakan kad ATM/Debit/Credit Card sila pilih tuTerlupa Password CIMB Clicks
  4. Masukkan nombor kad Anda
  5. Masukkan PIN
  6. Masukkan kod yang terpapar di skrin
  7. Tick/centang By Agreeing, I confirm that i have read and accept all the terms & Conditions therein
  8. Klik butang Next
  9. Masukkan password baru Anda
  10. Selesai

Itulah 2 cara mudah tukar password CIMB Clicks online internet banking Anda secara online. Mudah-mudahan berguna dan boleh membantu Anda.

Leave a Comment