Semakan Penyata Gaji Secara Online

e-Penyata Gaji adalah sistem online yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) untuk memberi kemudahan kepada Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk melakukan semakan, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan cepat.

Sistem e-Penyata Gaji akan menjimatkan masa, kos dan menjadikan segara urusan menjadi lebih efisyen.

Slip gaji adalah bukti rasmi dan maklumat penerimaan gaji dari majikan kepada pekerja. Slip gaji biasanya disenaraikan dalam perincian bahagian pendapatan dari syarikat atau Kakitangan Kerajaan.

Fungsi Slip Gaji

Slip gaji mempunyai beberapa kegunaan, iaitu:

  • Bukti rasmi untuk pekerja mengenai hak yang diterima dari majikan untuk jangka waktu tertentu.
  • Dokumen yang dilampirkan semasa memohon pinjaman di bank atau institusi kewangan tertentu.

Maklumat Dalam Penyata Gaji

Maklumat dalam slip gaji biasanya mengandungi:

  • Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan
Tutorial Lainnya:  Cara Dapatkan Semula User ID Password Bank Islam

Cara Daftar ePenyata Gaji Online

Syarat untuk mendaftar e-Penyata Gaji online iaitu:

  • Email Aktif
  • No HP/Handphone Aktif.

Tujuan dari syarat diatas adalah untuk reset kata laluan, langkah ini adalah penting bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila Anda terlupa kata laluan. Kata laluan sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang didaftarkan.

Seterusnya sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Buka website rasmi E-Penyata Gaji & Laporan.
  2. Pilih Pertama Kali Mendaftar.
  3. Sila isi borang yang dipaparkan dengan tepat dan betul.Cara Daftar e-Penyata Gaji JANM
  4. Seterusnya klik OK.

Semakan Penyata Gaji Secara Online

Berikut adalah senarai laporan yang dapat Anda muat turun di sistem e-Penyata gaji dan laporan.

Tutorial Lainnya:  Cara Mudah Mengatasi Unnecessary Payment Bill Celcom [SOLVED]

Nota: Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya dapat menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan sahaja dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun serta Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja. Selepas dari tempoh tersebut data tidak ada.

Semak Penyata Gaji Bulanan

  1. Lawati E-Penyata Gaji & Laporan.
  2. Masukkan no Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik butang Login.
  3. Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang Cari.
  4. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
  5. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.

Semak Penyata Gaji Tahunan

  1. Lawati E-Penyata Gaji & Laporan
  2. Masukkan no Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik butang Login.
  3. Klik Penyata Pendapatan Tahunan yang terdapat di bawah submenu Sendiri.
  4. Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
  5. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
  6. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer Anda.
Tutorial Lainnya:  Semak Status TemuJanji Vaksinasi Covid-19 Online

Aplikasi ePayslip JANM

Aplikasi ePayslip JANM merupakan aplikasi yang disediakan oleh pihak JANM yang boleh Anda muat turun di Google Playstore atau App Store secara percuma.

Aplikasi ePayslip JANM membolehkan Anda untuk:

  • Muat turun penyata gaji bulanan dan tahunan.
  • Update/kemaskini Profil pengguna (email dan nombor telefon).
  • Menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat.
  • Menjana penyata gaji bagi ujuan pinjaman kewangan.

Pastikan Anda sudah memasang perisian PDF Reader pada peranti smartphone atau handphone bagi membolehkan proses muat turun dokumen format PDF.

Maklumat Lanjut

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan masalah atau aduan berkaitan sila hubungi melalui email rasmi epayslip@anm.gov.my dengan menyertakan Nama Penuh, No.Kad Pengenalan, No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar.

Leave a Comment