Terlupa Password dan User ID CIMB Clicks Cara Reset

Terlupa kata laluan ataupun password CIMB Clicks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya jika pengguna tidak ingat dengan baik atau jika pengguna sering menukar kata laluan.

Tentu sahaja kes tersebut boleh menyebabkan kesukaran semasa log masuk ke akaun CIMB Clicks. Namun, Anda tak perlu risau, sebab ada beberapa cara untuk selesaikan masalah terlupa password dan username CIMB Clicks.

Untuk tutorial kali ini kami akan kongsikan cara untuk reset password dan username CIMB clicks, so kepada Anda yang tak ingat username CIMB ataupun Anda memang lupa terus password untuk CIMB clicks Anda, Anda jangan risau Anda boleh follow step yang akan kami tunjukkan dalam artikel ni.

Reset Password dan User ID CIMB Clicks

Berikut ini ialah cara bila Anda lupa password dan user ID CIMB Clicks, lepas tu Anda nak login ke akaun CIMB Clicks Anda, berikut caranya:

  1. Untuk permulaan seperti biasa Anda perlu ke laman website CIMB dan Anda perlu ke website CIMB Clicks (https://www.cimbclicks.com.my)
  2. Lepas tu dekat paparan utama ni bagi mereka yang ingat Password dan Username mereka boleh terus Log Masuk seperti biasa.
  3. Tapi disebabkan di artikel ni adalah cara untuk Reset Password, Anda perlu klik pada Forget User ID or Password?
    Lupa Password dan User ID CIMB Clicks via Banking Online
  4. Untuk mereka yang betul-betul tak ingat Password dan juga User Id CIMB Clicks.
  5. Lepas Anda klik, Anda akan dibawa ke paparan yang seterusnya.
  6. Lepas tu Anda perlu pilih cara Anda membuat pendaftaran CIMB Clicks Kad Debit ataupun kad kredit, Anda perlu klik je pada bahagian CIMB Debit Card (Pending Activation).
  7. Kalo Anda daftar CIMB berdasarkan pinjaman ataupun pelaburan ataupun unit transfer, Anda boleh pilih mengikut cara Anda mendaftar.
  8. Macam kami, kami mendaftar menggunakan kad ATM ataupun kad debit, so kami klik pada CIMB Debit/Credit Card.
    Lupa Password dan User ID CIMB Clicks via Banking Online Portal
  9. Lepas tu dekat sini kami perlu masukkan butiran maklumat kad debit Anda, yang mana Anda perlu masukkan 16 Digits Nombor Kad Debit.
  10. Lepas dah siap masukkan nombor kad debit, Anda perlu masukkan pula 6 Digits Nombor Pin ATM Anda.
  11. Nombor yang Anda masukkan masa Anda menggunakan mesin ATM.
  12. Lepas dah siap masukkan kedua-dua ni, Anda perlu salin semua apa yang dipaparkan. Lalu Anda perlu klik pada bahagian kotak pengesahan, dan Anda klik Next.
    Lupa Password dan User ID CIMB Clicks via Banking Online Website
  13. Anda akan di paparkan User ID CIMB Clicks Anda.
  14. Bagi yang ingat Password tapi tak ingat user id, Anda boleh terus log masuk seperti biasa.
  15. Bila Anda ingat User ID tapi Anda tak ingat Password.
  16. So langkah yang seterusnya Anda buat Password yang baharu.
  17. Okey untuk membuat Password yang baru ni Anda mesti guna huruf besar, huruf kecil, simbol dan juga nombor. Dan yang paling penting Password tersebut tak boleh sama dengan user id Anda, dan panjang dia 8 hingga 20 digit.
  18. Contoh Password yang mungkin Anda boleh guna, Kuybakarx56, saXima@29, zokiAh78#
  19. Lepas Anda buat Password yang baharu, Anda perlu salin balik Password Anda tu. Seterusnya Anda perlu klik pada Request TAC.
    Lupa Password dan User ID CIMB Clicks guna Banking Online Portal
  20. Nombor TAC seperti biasa akan dihantar ke SMS Anda. Sila semak SMS, dan masukkan Nombor TAC tersebut, lepas tu Anda klik sahaja Next.
    Lupa Password dan User ID CIMB Clicks guna Banking Online Website
  21. So, Anda dah pun berjaya Reset Password CIMB Clicks Anda. Sekarang Anda boleh lah log in akaun CIMB clicks Anda seperti biasa, dan membuat transaksi menggunakan CIMB clicks.
Tutorial Lainnya:  Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank AmOnline

Kalau Anda nak tingkatkan keselamatan akaun CIMB Anda, Anda boleh aktifkan ciri keselamatan CIMB Clicks.

Tips Agar Tak Lupa Password dan Username

Untuk mengelakkan masalah terlupa kata laluan CIMB Clicks Anda pada masa hadapan, terdapat beberapa langkah yang boleh Anda ambil, antaranya:

  • Catat/tulis kata laluan CIMB Clicks Anda di tempat yang selamat, seperti di buku.
  • Tukar kata laluan CIMB Clicks Anda dengan kerap, kira-kira sekali setiap 3-6 bulan.
  • Gunakan kata laluan kompleks yang tidak mudah diteka oleh orang lain.
  • Simpan nombor telefon customer service CIMB agar mudah dihubungi jika ada masalah berlaku.
Tutorial Lainnya:  Cara Transfer Duit Ke Maybank Guna App GO Bank Islam

Soalan Lazim

Pertanyaan dan jawapan dibawah ini boleh membantu Anda.

1. Kalau password secure word memang tak boleh tukar ke?

Password boleh tukar, secure word tu tak pasti pula rasanya boleh tukar dekat bahagian setting ye.

2. User id saya tak boleh tukar kenapa ye?

Untuk tukar User ID Anda kena call customer service CIMB ye, nanti pegawai akan bantu Anda reset semula akaun CIMB click Anda.

Tutorial Lainnya:  Apps Untuk Buat Poster

3. Saya dah ikut semua tutorial tu tapi part dekat CIMB debit tu selalu salah walaupun betul dah no saya tu, macam mana tu?

Cuba tengok kad Anda takut kad Anda dah expired.

4. Dah buat tapi login benda sama terulang macam mana tu?

Anda cuba call customer service CIMB ye, maybe akaun cimb click Anda dah kena sekat tu.

Leave a Comment